Assalamualaikum
28 Nov 2012
Salam semua (^_^)
Hari ini buat pertama kalinya aku berpeluang drive dari keratong sampailah ke kl without my abah....arini aku ke kl ditemani adik kesayangan ku Fatin dan kucing aku yg henson lagi kacak Memau....abah dan mira naik dgn kakak....aku folow belakang jer....hihi....aku nie mana lah tahu sgt jalan2 kat kl...dok kl pn setahun jer....tu pn tahu drive dr umah ke tempat keje....jalan2 lain aku tak tahu...that y kot aku stress dok kt kl nie....mmg dah bukan jiwa aku ...sbb tu lah Allah takdirkan aku posting kat skolah2 kampung jer....sbb die tahu tahap kemampuan aku....anyw Thanx U Allah
Aku n family sampai kl around kul 12tgh hari...sampai kl jer abah trus ke pwtc utk persidangan umno....fatin n mira folow abah...derang nak cuci mata kat sana plus shoping2...arini bday my lil Fatin....so abah layan ke je lah ape die nak ari ni...aku mmg dh penat sgt drive td so aku tido je kat umah...bgn2 tido jer, aku tak tahu ape nak buat so aku bace majalah sementara tunggu azan asar...hihi nie baru mekadimahnye (^_^)
Dengan lafaz bismillah, aku nak share dengan u all ilmu yang aku dapat hari ini
Merinduinya....pada zaman Rasulullah saw memerintah, terdapat seorang budak lelaki bernama Tsauban yang sangat kagum terhadap keperibadian baginda.....malah hampir setiap hari Tsauban akan merindui Rasulullah sekiranya tidak berpeluang untuk berjumpa...sekiranya dia tidak dapat berjumpa dengan Rasulullah, dia akan bersedih hati, murung dan akan menangis....apa yang dirisaukan oleh Tsauban juga dirasai oleh Rasulullah dan merasakan betapa Tsauban sangat mengasihinya
Pada suatu hari, Tsauban telah berjumpa dengan Rasulullah untuk melepaskan kerinduannya. "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit apa-apa, cuma aku sangat bersedih jika berpisah dan tidak bertemu dengan Rasulullah walaupun sekejap. Jika saya sudah bertemu dengan Rasulullah, barulah hati saya tenang dan gembira sekali," beritahu Tsauban sambil memandang wajah Rasulullah yang bercahaya dan berseri-seri.
Rasulullah memegang ubun-ubun kanak-kanak itu dengan perasaan kasih dan sayang seolah-lah sedang bermesra dengan cucunya. Manakala Tsauba pula merasakan kerinduannya telah hilang apabila dapat bertemu dengan Rasulullah.
"Apabila memikirkan hari akhirat, hati saya bertambah cemas kerana bimbang tidak dapat lagi bersama mu, Ya Rasulullah...kedudukan mu sudah tentu berada di syurga yang tinggi sedangkan saya tidak pasti sama ada di syurga paling bawah ataupun tidak dimasukkan ke syurga langsung....jika ini berlaku, sudah tentu saya tidak akan bertemu dengan Rasulullah lagi," ujar Tsauban sedih.
Mendengar kata-kata itu, Rasulullah sangat terharu dan berkata, "Semoga Allah akan mendengar keinginan mu asalkan sahaja kamu melakukan amal kebajikan semasa di dunia. Lagipun urusan syurga dan neraka itu urusan Allah," jelas Rasulullah.
Setelah berlaku peristiwa itu, turun wahyu daripada Allah kepada Rasulullah yang bermaksud,
"Sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahkan nikmat olah Allah iaitu para nabi, para sadikin, mereka yang mati syahid dan orang-orang yang soleh,"
Mendengar jaminan itu, Tsauban berasa gembira dan hatinya tenang sekali.
Fiuhhhh....best tak kisah Rasulullah dan seorang kanak-kanak yg bernama Tsauban nie...mmg sgt menarik kan...semoga kita semua mndapat manfaat dan pengajaran dari kisah hebat ini ok...!!
P/s : Moral daripada kisah di atas yang boleh dijadikan ikhtibar ialah sesungguhnya sesiapa yang mengamalkan ajaran-Nya atau sunnah Rasulullah, beerti syurga telah tersedia untuknya....Sehubungan itu, teruskan beramal dengan melakukan kebaikan semasa di dunia, kerana nikmat yang Allah berikan sama dengan para nabi, ahli sadikin, mereka yang mati syahid dan orang-orang yang soleh....Sesungguhnya janji Allah itu pasti....Aminnn
>* AshiqinWRH *<
No comments:
Post a Comment