Monday, November 29, 2010

Neraka Jahanam

29 Nov 2010
Assalamualaikum
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

01. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
02. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
03. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
04. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
05. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
06. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
07. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
08. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
09. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Nastaghfirullah

Perjuangan Ku Belum Selesai

29 Nov 2010
Assalamualaikum       

Salam semua :))                                   
                                                                                     Guru Oh Guru 
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa.


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua
sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku Semakin terprncil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “
cikgu
” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
*USMAN AWANG 1979*

>* AshiqinWRH *<
_________________________________________________________________________________________

Sunday, November 28, 2010

Bicara Tentang Waktu

28 Nov 2010
Assalamualaikum

Salam semua :))

Bicara Tentang Waktu

Ambillah waktu untuk berfikir,
itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa,
itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat,
itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa,
itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi,
itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja,
itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal,
itu adalah kunci menuju syurga.

P/s
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR.
Teman yang paling akrab adalah AMAL.
Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM.
Bahasa yang paling manis SENYUM.
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK


>* AshiqinWRH *<
__________________________________________________________________________________

Binatang yang bernama Huraisy

28 Nov 2010
Assalamualaikum


Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekur binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat. Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?" Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

   1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
   2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
   3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
   4. Orang yang suka minum arak.

   5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal
      dunia

Wasiat Allah swt

28 Nov 2010
Assalamualaikum

Dari Nabi Muhammad s.a.w., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah s.w.t. telah memberikan lima wasiat, antaranya :Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau. 
  1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau. 
  2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku. 
  3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga. 
  4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka. 
  5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail. 

Rahsia Solat 5 Waktu

28 Nov 2010
Assalamualaikum

Sabda Rasullullah saw
Ali bin Abi Talib r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.
' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
  • "Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
  • Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
  • Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
  • Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
  • Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.

Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

' Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'

Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
                a) Dibebaskan daripada api neraka.
       b) Dibebaskan dari nifaq.

"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).
Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'
Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'

Kata orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu.
Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:
  • Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram
  • Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
  • Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
  • Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
  • Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
  • Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
  • Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'

P/s : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah: ayat 286)

Saturday, November 27, 2010

Im not gud in driving...why...??

27 Nov 2010
Assalamualaikum


Salam semua :))

By answering de question:

@  dah tentu saya mmg jarang memandu...yg saya tahu pegi skolah & balik skolah
@  saya selalu sgt langgar lampu merah...mmg dah confirm salah
@  saya mudah sgt trmasuk lorong org bile mate dah pandang ke arah objek lain
@  pernah jgk trsalah masuk lorong way yg brtentangan....mmg malu lah time tu
@  klu brborak dgn pilot sbelah saya mmg xkan pandang langsung muke die....kesian
@  pernah jugak saya drive dalam keadaan hanbrek xditurunkan....nasib baik abah xprasan
@  mudah mengantuk klu drive xdapat minum nescafe mokka
@  pernah kene tahan polis ssb xbwk lesen kete....padahal ade je dalam walet....xjmpe   cari ssb glabah sgt
@  suke tekan brek xtentu pasal...cuak sgt kot
@  dah byk kali try memotong ttp xlepas....masuk balik lorong....alhamdullilah slamat lagi
@  byk kali jgk krete mati bile dh hold atas bukit....mst nak kene tarik hanbrek...aduhaiii
@  mmg fobia sgt klu drive jlnraya yg byk bukit
@  suke elak lubang cara yg sgt brbahaya....pengajaran
@  my last >> wlaupn dah lulus lesen kete, stiker P tetap saya akan tampal pada cermin keta....saya nak org tahu yg "saya budak baru blajar...klu salah jgn hon errr"....snyum jer nnt


P/s : Jauh perjalanan luas permandangan ( I love travel)


>* AshiqinWRH *<

My frnz wedding

27 Nov 2010
Assalamualaikum

Salam semua :))

Hari nie saya akan ke kuantan utk mghadiri majlis kawen my frez (wanie & zamil)....tahniah beb....aku doakan semoga perkahwinan yg dibina akan mndapat keberkatan allah....
mayb around 12 pm all my frnz dari kl akan sampai...drive carefully....rindu pada sahabat2 telekom 2008....sudah hampir 2 tahun tak berjumpa.......diharap semoga pertemua saya dgn sahabat2 pada hari ini akan membangkit sebuah memori yg sangat bermakna untuk dikenang selamanya....

P/s : tahniah kepada semua sahabat handai yang telah membina rumah tangga....semoga brbahagia

Sabda Rasulullah saw
"Sesungguhnya seseorang hamba allah yg telah beristeri/brsuami ia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya....Pada separuh yg lain nye ia hendaklah bertakwa kepada Sllah swt...aminn"

>* AshiqinWRH *<

My Own Blog

27 Nov 2010
Assalamualaikum


Salam semua :))

Today....Alhamdulillah......Happy sgt coz niat mlm td nak buat blog dah brjaya....Tak lena tido dibuat nye coz memikirkan pasal blog sendiri....But now semua dah tertunai...So "welcome 2 my blog" frnzzz....




P/s : my blog url "http//:ashiqen.blogspot.com/"

>* AshiqinWRH *<