Saturday, December 25, 2010

Fatin dapat 8A'

25 Dis 2010
Assalamualaikum

Salam semua..:))
Syukur alhamdulillah, 2 hari yang lepas pada 23 Dis 2010 keputusan PMR telah dikeluarkan satu malaysia..My sis Fatin yang bersekolah di SMK Bandr Tn Abdul Razak telah memperoleh keputusan yang sangat cemerlang 8A'..Tahniah adik Fatin..! Hanya 8 orang sahaja yang mendapat keputusan 8A', 8 orang mendapat keputusan 7B'..Kire ok lah tuh..Maksudnye budak kampung pun hebat2 kan..TAHNIAH semua :))

Secara jujur, aku sangat menghargai segala usaha yang telah ditunjukan oleh semua guru SMKK dan SMKBTAR..Kedua2 sekolah ini sebenarnya berasal dari sebuah sekolah shj iaitu SMKK..Tetapi memandangkan kemasukan pelajar ke sekolah menengah di keratong ini semakin bertambah maka SMKBTAR telah dibuka pada tahun ??..Ramai juga tenaga pengajar yang asalnya dari SMKK telah dipindahkan ke SMKBTAR drpd pengetua sampailah ke guru2 penolong.

Bagi aku, walaupn kedua2 buah sekolah ini hanyalah sebuah sekolah luar bandar, tetapi kualiti setiap tenaga pengajarnya tiada tandingan..Dari awal aku dimasukkan ke sekolah SMKK sehingga lah kini aku pula begelar seorang guru, setiap perjuangan yang dilaksanakan oleh semua guru2 SMKK dan SMKBTAR akan aku sokong walaupun secara tidak langsung..Setiap ibu bapa yang memerlukan cadangan tentang sekolah ini dengan pantasnya aku akan mencadangkan mereka supaya meneruskan pembelajaran anak2 mereka di sekolah2 keratong..Kerana kejayaan aku pada hari ini juga adalah hasil drpd sekolah2 di keratong.

Tetapi, adik ku Fatin telah membuat pilihan sendiri untuk masa depan nya..Die telah memilih untuk masuk ke sekolah teknik kuantan kerana kerjaya yang bakal dipilihnya adalah  dalam bidang kejuruteraan..Its ok..Abah memberi cadangan supaya die masuk ke MRSM tetapi pilihan ke sekolah teknik adalah lebih tepat pada dia..Semua bersetuju kerana pilihan ini adalah yang terbaik..Semoga berjaya kelak.

P/s : Anak2 adalah aset dan saham terbesar setiap ibu bapa samada di dunia mahupun diakhirat..Di dunia, kejayaan dan pengorbanan anak2 adalah kebahagiaan setiap ibu bapa..Manakala, di akhirat nanti setiap amalan yang dicurahkan oleh anak2 kepada ibu bapa merupakan rahmat yang tidak ternilai..Sesungguh nya anak2 jg perlu ingat, walau besar mana pun pengorbanan anak2 kepada ibu bapa, ianya masih lagi tidak mampu membalas kesemua jasa2 mereka..Sesungguhnya hanya anak2 yang telah bergelar ibu dan bapa sahaja yang bakal mengerti setiap perngorbanan mereka yang bergelar "Ibu Bapa"..Hargai lah setiap saat yang ada bersama ibu bapa..Wassalam

>* AshiqinWRH *<

Thursday, December 23, 2010

Survey pelamin (Day 15)

23 Dis 2010
Assalamualaikum

Salam semua...:))

Semalam aku dan mak bercadang untuk membuat tempahan pelamin untuk my sis..Seperti biasa pilihan dan cadangan mak dan abah adalah di kedai pengantin "Kak Nor"..

Tepat jam 11.45 aku dan mak dah pun berada dalam kedai pengantin..1st thing yang aku sambar dulu adalah katelog package pengantin..Ada 3 package serendah rm 1000..Berbaloi jugak lah..So aku pun senaraikan semua keperluan dn permintaan my sis untuk tempahan..Kalau diikutkan dalam senarai my sis dah hire fotografer dari kl..Dan klu nak diikutkan baju pengantin jugak die nak tempah sendiri sbb design baju yang die nak pakai tu takde kat kedai pengantin..So, tempahan yang telah disenarai pendek kan adalah seperti :

  • Pelamin 1 set (kerusi besar dan tinggi)
  • Makeup 2x (malam baca nikah dan hari bersabding)
  • Baju Songkek (jika perlu)
  • Set nikah (bantal dan aksesory)
  • Pintu gerbang + hiasan tema
  • Hiasan meja makan pengantin


Manakala dekorasi bahagian dalam bilik tido pula mak bersetuju untuk buat sendiri..Tak susah mane pn kan..Yang penting mengikut tema majlis perkahwinan nanti..Aku pula ditugaskan untuk membuat dekorasi set sanding untuk majlis bacaan nikah yang bakal berlangsung pada sebelah malam sebelum hari persandingan..Mak mencadangkan tema berwarna pink dan putih..Nice jugak kan.

Memang banyak pekara yang perlu difikirkan dalam membuat perancangan majlis perkahwinan nie kan..So, dengan ini secara rasminya aku melantik diri ku sendiri sebagai "wedding planner" untuk majlis perkahwinan my sis nie..haha..Suke2 jer..Nak buat mcm mane, dah aku sorang je yang tinggal kat umah sekarang nie..Pi mai pi mai tang tu jgk..Adik bradik lain semua dok jauh2..Tp xpe, ape yang penting adalah "KERJAaaaaSaMaaaa"..kan.

P/s : Seperti biasa, aku akan sentiasa mendokan agar Allah swt memberi petunjuk dan perlindungan kepada kami sekeluarga..Semoga apa yang telah dan bakal kami rancangkan ini sentiasa mendapat keberkatan daripada NYA..Aminn.


to be cont 4 the next day

>* AshiqinWRH *<

Wednesday, December 22, 2010

Warna Tentang Sayur & Buah Mempengaruhi Kesihatan

06 Dis 2010
Assalamualaikum

Salam semua :))

Pernahkah anda terfikir sayuran berwarna terang sebenarnya mempengaruhi kesihatan kita ? Pernah juga kita terfikir setiap sesuatu yang Allah ciptakan sebenarnya memberi manfaat besar kepada kehidupan manusia jika digunakan dengan sewajarnya.



Untuk pengetahuan anda, warna pada tumbuhan adalah terhasil drpd fitokimia. Ia bukan sahaja kelihatan sedap apabila dipandang, tetapi juga membekalkan khasiat yang penting kepada kesihatan manusia.



Oleh itu suri rumah dan ibu perlu bijak memilih sayuran dan buah yang berwarna terang untung hidangan seisi keluarga. Sebagai contoh sayuran & buah-buahan yang berwarna merah, jingga, ungu dan kuning seperti lobak, terung, pisang, betik, epal dan sebagainya. Amalan memakan sayuran jenis ini boleh menjadi perisai yang baik kepada tubuh drpd serangan penyakit berbahaya.



Jika kita lihat warna merah pada sebiji tomato adalah disebab kan kandungan lycopene atau karotenoid yang berada di dalam nya. Kandungan lycopene akan menjadi lebih banyak dan bertambah bila buah itu matang. Kajian juga mendapati, sebiji tomato merah mengandungi kadar lycopene yang lebih tinggi berbanding sebiji tomato berwarna kuning.



Lycopene bertindak sebagai ejen antioksida yang membantu tubuh menyerap radikal bebas dan membaiki sel badan dan menyak toksin yang menyebebkan penghasilan sel barah...wow mmg hebat :))



Antara buah dan sayuran yang berwarna adalah seperti tomato, tembikai, lada merah, lada benggala, labu, lobak merah, limau pomelo dan jambu merah.



Beta karotena adalah sejenis karotenoid yang menyebabkan sayuran atau buah  itu berwarna jingga seperti lobak merah...pendek kate lobak merah nie mmg baik lah utk diamalkan pemakanan nya :))



Secara semulajadi tubuh akan menukar beta karotena kepada Vitamin A jika diperlukan. Pada masa sama beta karotena bertindak sebagai ejen anti oksida yang boleh melindung tubuh daripada kebanyakkan jenis kanser dan penyakit jantung. Selain itu, ia juga mampu memperlahan kan kemaraan penyakit mata seperti katarak dari merebak.



Lobak, buah labu, mempelam dan buah aprikot adalah sebagai contoh kumpulan makanan berwarna jingga. Selain itu bayam juga mengandungi beta karotena yang tinggi.

Bersambung....

>* AshiqinWRH *<

Majlis merisik My sis (Day 11)

15 Dis 2010
Assalamualaikum

Salam semua...:))

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana Allah swt telah memanjangkan usiaku..Memperkenan kan doa2 ku dan keluarga agar sentiasa dipeliharakan kesihatan..Dimurah kan rezeki..Dikurniakan kebahagian di dunia ini..Dan diharap kan agar doa2 ku untuk memperoleh kebahagian di akhirat juga bakal dikurniakan..Aminn.

Segala usaha2 persiapan yang dibuat untuk menyambut kehadiran keluarga dari sarawak telah pn selesai dilaksanakan..Majlis merisik my sis berjalan dengan lancar..Kedua2blah pihak telah melafazkan kata setuju dan sepakat untuk merestui perhubungan my sis dan norman..Alhamdulillah.

Dalam majlis yang serba sederhana dan "sempoi" ini, pihak keluarga lelaki telah menyerahkan sebentuk cincin merisik dan sepasang baju nikah..Kedua2 belah keluarga juga telah bersetuju untuk menetapkan duit hantaran sejumlah rm10k..Dan tarikh untuk melangsungkan majlis adalah pada tahun hadapan bulan june..Setel :))

                                     


Kehadiran keluarga dari sarawak ini tidak kami sia2 kan..Pada sebelah malam kami 2 belah keluarga keluar makan di bandar keratong..Abah sempat lagi bawa family norman pusing2 area keratong..Sperti biasa suasana bumi nan indah felda keratong sentiasa indah dimata ku.

Hari ke 2 nye pula kami semua bercadang untuk choping ke bandar segamat..Ini semua gara2 "end yr sale"..Memang half price..Sangat berbaloi 4 choping time..Family dari sarawak memborong kain pasang untuk dia balik ke sana..My sis dan norman pergi ke tingkat atas untuk survey kain songkek untuk buat baju kawen..Pilihan tema majlis perkahwinan adalah "cream gold"..Aku dan mak bersetuju nak pakai baju yang same pada majlis akad nikah kakak..Tp malang sekali kain yang kami pilih tu tak cukup meter..Budget nak borong 7 pasang tp bile kira2 balik jus cukup 3 pasang..So cancel beli..Kene cari yang lain pulak..Mayb next time lah kot..



Setelah semua penat choping, kiteorg semua pegi makan nasi ayam special kat taman yayasan..Then, family dari sarawak terus gerak balik kl bersama my sis and my bro..Hope we can see u next time either at semenanjung or sabah srwak..kan kan..Thanz all..



P/s : "Ya  Allah ya tuhan ku, KAU permudahkan lah segala urusan kami sepanjang usaha kami membuat persiapan perkahwina my sis..KAU jauhkan lah kami drpd sebarang bentuk pembaziran..KAU murahkan lah rezeki kami..KAU panjangkan lah umur kami..KAU restukan lah ikatan perkahwinan ini..Semoga kami sentiasa mendapat perlindungan drpd mu ya Allah..Aminn.


to be cont 4 the next day

>* AshiqinWRH *<

Tuesday, December 21, 2010

Dah masuk musim hujan

21 Dis 2010
Assalamualaikum

Salam semua.. :))
Memandangkan sekarang dah masuk musim hujan, boleh dikatakan tiap2 kali aku bangun subuh jer mesti hujan renyai2..Bumi felda kian menghijau dengan kehadiran sang hujan yang tidak serik2 membasahi bumi..Suasana nyaman dan dingin di setiap pagi..Pokok2 sentiasa menghijau dan hidup subur..Aku sentiasa teruja dengan suasana kampung begini..

Tapi tahun nie aku dapat merasakan kes2 banjir tidak lah begitu serius berbanding tahun2 yang telah sudah..Begitu juga di Pahang..Sehingga kini daerah Pekan masih lagi berkeadaan baik..Masih lagi tidak terdengar sebarang berita tentang kejadian banjir yang serius di sana..Begitu juga di daerah Rompin yang sememangnya berdekatan dengan pantai..Alhamdulillah..Keadaan masih lagi terkawal..

2 minggu lagi sekolah akan dibuka..Peluang untuk bercuti telah hampir ke penghujungnya..Best dapat cuti panjang2 nie..Tapi walaupun cuti, kerja tetap brjalan seperti biasa..Tiap2 minggu aku tetap akan ke sekolah untuk membuat persiapan persekolahan untuk tahun hadapan (2011). Semalam baru je siap membantu rakan setugas (cikgu ina) mengikat buku teks dan buku latihan untuk diedarkan kepada murid2 tahun 1 nanti.

Apa yang membimbang kan aku sekarang nie adalah pada hari persekolahan nanti..Kesian kat budak2 kerana terpaksa meredah hujan untuk ke sekolah..Tidak semua ibu bapa yang berkereta kan..Guru2 di sekolah mesti membuat persediaan menerima kedatangan murid ke sekolah pada musim hujan nie..Nie lah pertama kalinya aku menempuh pengalaman seperti ini..Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Orait lah, sampai disini saja coretan tentang musim hujan di felda keratong..Jam 8.30 pagi nie pihak masjid felda keratong 03 telah menjadi tuan rumah kepada program agama yang dianjurkan oleh pihak Felda Wilayah Kuantan..Aku telah ditugaskan untuk mengawal prndaftaran murid2 sebelum menyerahkan mereka kepada pihak penganjur..Semoga program seperti ini mampu menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman murid2 tentang ilmu agama..Amin


>* AshiqinWRH *<

Friday, December 17, 2010

Sejarah cabut gigi (Klinik Pergigian Eng)

17 Dis 2010
Assalamualaikum

Salam semua..:))
Hari ini merupakan hari pencipta sejarah baru dalam hidupku..Peristiwa "cabut gigi"..Argghhhh tak suke..Aku merasakan yang kini aku semakin dewasa..Umurku kian meningkat..Pendirian kian matang..Diri kini semakin dilengkapi dengan perbagai tanggungjawab..Hari demi hari perlu aku harungi dengan penuh ketabahan dan kesabaran..Semoga Allah sentiasa permudah kan segala urusan ku...Aminn

Seawal jam 8.30 pagi, aku, abah dan mak telah menjadual kan diri untuk ke Bahau..Nie semua gara2 dah hampir seminggu gigi ku sakit...Even dah pegi klinik kerajaan pn still sakit jugak..So abah mencadang kan aku untuk ke sebuah klinik swastar di Bahau yang pernah die dan kakak pergi dulu..Aku harap penderitaan ku setiap hari menanggung kesakitan akibat gigi rosak akan setel hari ini juga..

Sampai nya di Bahau, abah trus bawa ku ke klinik swastar iaitu "Klinik Pergigian Eng"..Kata abah doktor nie bagus..From Taiwan..Gerenti puas hati..Tapi dalam hati ku tetap berdebar2 sebab nie lah first time aku nak cabut gigi..Kalau gigi kecik takpe lah..Nie gigi geraham no 28..Gigi paling belakang sekali..Memang sangat2 risiko..Tapi aku nekad juga untuk mencabut nya..

Melangkah nya aku masuk ke klinik tu trus aku bertanya kan samada doktor ada atau tidak..Mujur ada..Aku tinggal kan ic dan buat appointment untuk cabut gigi beserta deposit rm10..Tak sampai 5 minit nurse panggil aku masuk.."Sila duduk cik"..Tq..Tenang je rasa..Tapi kelibat doktor masih lagi belum nampak..Nurse memeriksa gigi ku yang bermasalah..Nurse cakap confirm dah rosak teruk.."Memang kene cabut nie"..Nurse trus panggil doktor dan baru lah aku perasan yang doktor gigi nie  hansem orang nye...hehe..Fasih berbahasa melayu..Soalan pertama doktor, "Umur brapa?"..Dalam keadaan yang cuak aku menjawab, "27"..Doktor trus memeriksa gigi ku yang rosak..Gigi geraham no 28..Doktor bius 2 bahagian..Satu bahagian betul2 sebelah gigi geraham yang rosak tu dan lagi satu bahagian di lelangit mulut ku..Dalam beberapa saat aku terasa sebahagian mulut ku semakin kebas..Ubat bius yang membengkak di dalam mulut ku membuatkan aku sukar untuk bercakap..Nurse membenar kan aku keluar sebentar selama 10 minit untuk memastikan ubat bius itu berfungsi dengan sepenuhnya..

Aku keluar dari bilik doktor dalam keadaan lega dan tersenyum..Dalam hati aku berkata, "Doktor nie memang special lah"..Memang betul lah kata abah, doktor from Taiwan nie memang pakar bab mencabut gigi..seperti perumpamaan yang menyebut "Sekilas ikan di laut, aku tahu jantan betina nya"..Klu tidak tak mungkin abah still loyal dengan doktor nie..kan kan..

Selepas 10 minit, cik Nor Ashiqin !..arghhhh..Tibe2 je aku jadi takut semula...Mulut dah Makin kebas nie.."Sila duduk cik"..Aku baring atas kerusi dalam keadaan mata ditutup..Takutt..Nurse memanggil doktor keluar..Doktor berpesan kepada aku supaya jangan takut..Gerenti tak sakit..Sekejap je err..Aku mengangguk dalam keadaan mata masih tertutup..Nurse memegang kepala ku dan meminta aku mengangakan mulut..Tak sampai 2 minit doktor mengoperate gigi ku, tibe2 jer doktor cakap "dah boleh balik"..Terpinga2 aku kat atas kerusi tu..Rupe2 nye gigi aku yang sakit tu dah siap dicabut pn..waaa..Senang nye...Tak rasa sakit pn..Doktor menunjukkan gigi ku yang telah dicabut itu..Doktor kata memang dah rosak teruk..Aku meminta izin drpd nurse untuk membawa balik gigi ku itu..Nurse trus ambil tisu dan masukkan gigi ku.."Tq nurse".."Tq doktor"..Sambil aku menuju keluar dari bilik, doktor berpesan "gigit kapas dalam mulut tu selama 3 jam err..Dalam masa 3 jam awak tak boleh makan"..Aku menggangguk dan terus keluar..Aku pegi ke kaunter untuk buat bayaran...Sangat berbaloi..Hanya rm65 termasuk kapas dan ubat tahan sakit..Im done..

Memang tak sangka peristiwa untuk pertama kali nya aku mencabut gigi pada hari ini berjalan denagn lancar..Kini gigi aku dah langsung tak terasa sakit..Rasa nak makan banyak2 jer..Rasa macam nak jerit je kuat2 sebab sakit gigi dah baik..Seronok nya..So, boleh lah aku tersenyum lebar pada majlis merisik kakak ku esok kan..ermmmm..

Kepada sahabat2 di luar sana, sekiranya anda berada di sekitar bandar Bahau dan memang berhajat untuk mencabut gigi anda di klinik swastar, maka saya dengan senang hati mencadang kan supaya anda boleh lah berkunjung ke "Klinik Pergigian Eng"..Cari je kat area bandar, pasti anda akan jumpe punyer..Saya jamin anda pasti berpuas hati kerana saya juga berpuas hati..Selamat mencabut gigi !..


>* AshiqinWRH *<

Tinggal 1 hari jer lagi (Majlis merisik my sis)

17 Dis 2010
Assalamualaikum

Salam semua..:))

Klu nak dihitungkan hanya tinggal 1 hari je lagi sebelum majlis merisik my sis sya..Segala persiapan menyambut kedatangan pihak lelaki telah hampir siap..Rumah dan homestay telah siap dikemas..Laman dan landskap dah siap dicantikkan..Hanya sekarang nie nak memikirkan apa yang nak dihidang kan kepada tetamu...ermmm..Bak masak memasak nie aku "no komen"..Segala persiapan mak yang buat..Aku tunggu makan je nanti..haha

Memandangkan hari ini gigi ku terasa sakit lagi, maka kerja2 persiapan menjadi agak slow..Aku mangambil masa sehingga dari jam 4 ptg hingga lah jam 11 mlm tuk menyiapkan tugas kemas mengemas bahagian ruang tamu rumah depan..Alhamdulillah, semuanya telah selesai..

Memandangkan pagi tadi appointment gigi di klinik kerajaan sangat menghampakana aku, maka esok pagi2 lagi aku terpaksa ke bahau bersama abah tuk membuat pemeriksaan lanjut..Gusi dah makin membengkak..Memang dah sakit sangat..Ingat kan esok nak cabut je gigi geraham nih..Abis cite..Klu nak diikutkan memang sayang nak cabut tapi klu dilihat keadaan gigi yang dah semakin rosak maka cabut adalah jalan selamat untuk aku...Takut nyer..Tak penah lagi seumur idup aku mencabut gigi di klinik...waaaaa..apalah agak nya rasa cabut gigi ekkk.. :((

Balik dari bahau esok akau akan teruskan kerja2 mengemas yang mana masih belum setel..Nie baru majlis merisik..Belum lagi majlis perkahwinan tahun depan..waaa..Tu pn takut jugak aku nak hadap..Apa yang penting semalam mak dah promise nak sponsor baju tuk mlm majlis akad nikah kakak nanti...best best..aku buat permintaan.."mak, make sure baju cotton err..Wane ape2 pn xpe..Pastu kite pakai ngan tudung orning..Mst cantik"..Mak on ajer...Lagi pn mak mmg suke pakai kain cotton..Klu choping mst die cari lain cotton dulu..haha..

Oraitlah..Gigi aku semakin sakit..Nak diikutkan dah 4 biji panadol aku telan malam nie..Semua nya gara2 sakit gigi..Hope malam nie dapat rest dengan tenang..Dan diharap agar hari esok masih lagi dapat dipinjam kan nyawa..Aminnnn..Gud nite..Assalamualaikum semua..:))


to be cont 4 the next day

>* AshiqinWRH *<

Wednesday, December 15, 2010

10 Solat Yang Ditolak

15 Dis 2010
Assalamualaikum

Hari ini ingin saya kongsikan bersama2 anda sedikit Ilmu agama yang perlu kita selitkan dijiwa kita sebagai umat Islam dan juga sebagai pelengkap dalam menjalani hari2 yang lebih bermakna..Kita share k..

10 solat yang ditolak

         Rasulullah s.a.w.  telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah s.a.w.  telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya :

1.   Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2.   Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.   Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4.   Orang lelaki yang melarikan diri.
5.   Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6.   Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7.   Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8.   Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9.   Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


                        Sabda Rasulullah s.a.w.  yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t.."  Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."


>* AshiqinWRH *<

Shoping @ Segamat (Day 8)

15 Dis 2010
Assalamualaikum

Salam semua..:))

Seperti yang dihajat kan sebelum nie dah 3x aku menangguhkan plan nak ke segamat..Tapi semalam dapat jgk pegi..Berjalan2 and choping dengan family..Tujuan aku dan family ke segamat hari nie coz nak choping barang2 persiapan majlis merisik my sis this week, merangkap persiapan barang2 untuk majlis perkahwinan beliau pada tahun hadapan..

Seperti biasa Jekel segamat akan buat sale hujung tahun..Klu nak diikutkan memang tak cukup duit nak choping..Memang murah sangat2..Kain pasang, tudung, kain sekolah, langsir, cadar dan banyak lagi lah..Ade juga yang dapat ofer sampai separuh harga..Yang paling syok sekali ade juga kain pasang yang berharga rm1 semeter..perghh..Memang berbaloi..So, anda2 yang di luar sana jangan ketinggalan untuk joint sale di Jakel segamat setiap kali musim2 perayaan dan cuti sekolah err..Dijamin anda pasti berpuas hati.."Selamat berkunjung yerrr"..

Ape2 pn matlamat aku dan family ke segamat pada hari ini sememangnya nak mencari barang2 persiapan majlis perkahwinan kakak..Mula2 mak membelek langsir..Memang rambang mata dengan pilihan2 yang ada..Rasanya ada jugak sejam aku & adik2 meneman mak membelek langsir..Akhirnya ada  juga yang berkenan..Mak memilih langsir yang agak klasik untuk menghiasi my homestay....Memang sesuai dengan rona hijau2 keemasan...sweet..

Setelah itu, mak juga berkenan dengan renda yang dipamerkan...Memang murah..Hanya rm5 semeter..Berwarna coklat keemasan..Tugas aku mengira berapa daun tinggap yang ada kat rumah supaya mak senang nak kira berapa meter yang patut beli..errmm..Banyak jugak ekk...Tapi cantik punye pasal, mak sambar jugak..

Lepas tu, mak berkenan pulak dengan renda manik yang nak digunakan untuk menghiasi renda hantaran...Warna pilihan mak adalah warna coklat keemasan dan warna cream...nie pn cantik juga...Warna coklat keemasan digunakan untuk menghiasi hantaran belah perempuan manakala warna cream pula untuk menghiasi hantaran belah lelaki..Tapi tema majlis perkahwinan kakak masih menjadi tanda tanya...xpe..Beli je dulu kan...next time kita bincang...huhu..

So, semua dah setel..Masing2 dah penat berjalan..Masa nak berjalan ke tangga nak turun bawah buat bayaran, tibe2 mak ternampak pulak cadar tuk master bad bilik pengantin...Seperti biasa memang cantik...Harga pn murah..So, tak jadi lagi nak turun..kami berempat sangkut pulak kat bahagian cadar2..Mak pun sekali lagi membelek kot2 ada yang berkenan..Tgh2 membelek jer adik bertanya, "mak, jangan lah beli lagi..kita tak tahu lagi warna tema kakak"..Mak pn ape lagi, trus mengeluarkan hand phone nya untuk menghubungi kakak..Ntah apa yang dibincangkan pn aku tak tahu...Ada jugak lah dalam 15 minit derang berborak..Aku ngan adik2 mengambil kesempatan tuk membelek cadar2 yang lain...Aku berkenan dengan set cadar pengantin berwarna cream keemasan, ade renda manik2 yang besar, kuality kain yang sangat baik..Memang puas hati lah..Harga nya rm480 tapi  Jekel bagi ofer rm400 shj coz mak dah berbelanja melebihi rm200...Memang berbaloi..

Lepas je mak abis berborak dengan kakak aku pn ofer mak beli cadar yang aku berkenan tuh...Tp malangnya mak cakap die tak jadi beli coz kakak dah buat tempahan dengan orang lain...errmmm sayang nyer..Tapi takpe, dalam hati kate lain kali lah beli..Beli tu majlias kawin adik lelaki lah pulak...Die ok, semua nye no hal..haha..Stedy kite iman..

So ape lagi, kiteorang pn trus trun dan buat pembayaran...haha..Penuh tangan dengan barang2 mak..Tapi tetap puas hati coz memang berbaloi choping kat Jekel time macam nie..Memang gile2 sale lah..Aku pn sempat choping kain pasang..Ala2 batik..Nak pakai setiap hari kamis..Harga nya hanyalah rm28 setelah diskaun daripada harga rm58..Memang berbaloi...

Nampak nya choping kat Jekel pn dah setel...So next place nak choping tuk barang dapur pulak...Seperti biasa, pemborong yang menjadi pilihan kami sekeluarga untuk choping barang rumah adalah di "Nirwana"..Memang tak pernah miss choping kat sini tiap2 bulan..Lepas choping barang rumah, kami sekeluarga pegi makan KFC..Seperti biasa abah blanje..Then, lepas tu trus kami sekeluarga trus balik kira2 jam 10 mlm..Penatttt tapi memang best dapat choping...kan kan..:)) nite all


to be cont 4 the next day

>* AshiqinWRH *<

Tuesday, December 14, 2010

All in one (Day 4, 5, 6, 7)

14 Dis 2010
Assalamualaikum

Salam semua..:))

Hari ini hujan lagi...Dari subuh hinggalah jam ini masih lagi huja..Macam biasa suasana bumi felda tetap indah menerima kedatangan "sang hujan"..Pokok2 semakin menghijau dan segar..Sangat lah sejut mata memandang..Aku mengharapkan agar aku akan terus berada di bumi felda buat selama-lamanya..Hanya di sini saja tempat yang paling sesuai untuk diri ku :))

Memandangkan 3 hari yang lepas merupakan hari2 yang sangat menyibuk kan aku, so terpaksa lah aku menceritakan kombinasi cerita untuk 4 hari yang berturut-turut..Klu diikutkan dalam masa 3 hari yang lepas aku tidak langsung membuat sebarang persiapan untuk menanti hari2 bersejarah my sister..Tapi hari ini aku terasa agak kelam kabut sikit kerana hanya tinggal 3 hari lagi majlis merisik my sister akan berlangsung..Homestay belum kemas..Barang rumah belum beli..Mayb hari ini aku dan keluarga akan ke segamat untuk membeli barang2 rumah bagi persiapan majlis merisik nnt..Muka ku masih lagi gelap..Hari2 aku pakai fair n lovely nak pastikan muka ku ini kembali putih..haha..cayokkkk.

Day 4 :
Hari dimana aku memberhentikan semua kerja2 mengemas dalam rumah kerana keesokkan harinya my bro iman from s.alam nak balik..So, aku hanya mengambil masa pada sebelah petang untuk mencantikkan lagi landskap depan dan tepi rumah ku..Maklumlah pada keesokkan hari nya juga ade guess yang nak menyewa homestay..So we have to give our best for our customer right.

Day 5 :
Hari dimana aku sibuk dgn game di Jempol N9..Keluar jam 7.30 pagi then balik jam 7.00mlm...Sangat memenatkan...But its still a sweet memory 4 me...Thanx all.

Day 6 :
Dah masuk hari yang ke 3 mak oustation..Ade khusus di bentong dan mentakab..Hari ini juga tidak ada sebarang persiapan dibuat..Aku perlu ke sekolah bagi menyiapkan sedikit urusan..Apa yang mengembirakan aku, rakan setugas ku dari kelantan datang ke sekolah setelah 2 bulan cuti bersalin..Beliau datang untuk mengambil surat pertukaran nye ke Temerloh..Tahniah Fairus dengan kehadiran cahayamata baru dan keputusan pertukaran yang diterima.

Day 7 :
Saya dan keluarga akan ke segamat untuk membeli barang2 persiapan majlis merisik my sister..Maklumlah, tetamu yang akan datang merisik tu dari Sarawak..Kedatangan mereka perlu disambut sebaik mungkin..Walau pn ini sekadar majlis merisik, ttp ini lah masa yang paling sesuai untuk mengeratkan lagi hubungan antara dua buah keluarga yang buat pertama kali nya berjumpa..Diharap agar semuany akan berjalan dengan lancar..Amin


to be cont 4 the next day

>* AshiqinWRH *<

Sunday, December 12, 2010

Muka dah gelap (Jempol N9 - Netball)

12 Dis 2010
Assalamualaikum

Salam semua....:))

Fuh...Hari yang memenatkan...Mata dah ngantok sangat nie....Tapi blog adalah "buah hati pengarang jantung ku" .....Tempat aku barborak....Teman setia sampai bila2....kan.

Hari ni, seawal jam 7.30 pagi aku dah pun keluar rumah...Ada jemputan game netball di bandar baru Jempol...This is my life....Tak kan lari pun dari sport sport sport....Walaupn malam tadi dah terdetik dalam hati nak pencen dari netball.....Macam tak logik jer kan...Tp hari ini mmg hari yang sangat2 memenatkan.

Sesampai jer aku di bandar Jempol, seperti biasa aku akan berkenalan dulu dgn ahli2 kumpulan....Maklumlah new game, will be a new team 4 me....Mcm tu lah aku...Aku lebih suka perbanyakkan kenalan2 ku melalui sukan....Dan kalau difaham kan betul2, sukan diamalkan selain untuk menyihatkan tubuh badan malah ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim...."Maju lah Sukan untuk Nagara" kan.

Apa yang penting, hari ini merupakan antara hari2 bersejarah dalam hidup ku.....Masa game di Paroi dulu pn aku dah mencipta sejarah jgk...Tp sejarah tu biarlah hanya aku jer yang tahu...Sudah 12 tahun ia berlalu...Sangat menyedihkan...Tp sejarah hari ini sangat2 mengmbirakan aku...4 the first time aku telah ditempatkan di posisi WA (wing attact)...perghh....Dgn ketinggian ku 174cm nie mmg tak mungkin aku ditempat kan di posisi tu kan...Tp tu lah hakikat nye....First game menang.....2nd game aku kalah....lepas kalah tu lah aku ditukarkan dari posisi GK ke posisi WA...

Tapi ok what berada di posisi WA...Bakat aku lebih menyerlah di posisi ini....Aku mampu fight team seterusnya dgn baik....At last ketua pasukan dah  tak nak tukarkan aku balik ke posisi GK...Die nak aku trus main posisi WA...ermmm...Mula2 mmg cuak jgk....Tapi bile dah byk game lawan jadi mcm best plak...haha...Semua tu pengalaman kan...Belum cuba belum tahu....Dah cuba tak nak lepas pulak kan...Tp muka hitam tetap hitam....Macam mane tu !

Sejarah yang ke 2...Untuk pertama kali nye aku main 3 set game untuk team yang same jer....Masing2 penat...1st game seri 8-8...Tambah masa 5 minit, seri lagi 2-2...Tambah lagi game untuk 3 balingan, barulah set....haha...Kalah 0-3....Tapi takpe kan....memang masing2 dah penat sangat...But its still a nice game 4 me....Kalah menang adat permainan kan...Banyak memory.

Tepat jam 5.00 ptg, game tamat....Team aku hanya dapat tempat yang ke 4 jerr....Ok lah tu kan....Dapat jugak hadiah nye...Duit tu...haha.

Lepas game tamat, semua player diminta berkumpul bawah khemah pengurusan...Masa untuk menunggu kedatangan yb....Yang best tu, urusetia meminta player tuk joint "poco-poco" sementara menunggu kedatangan yb....Aku pn ape lagi joint lah sekali....Just 4 fun kan....Dalam sukan selalu mengajar kita supaya bersikap terbuka kan...Sampai 2 round aku berpoco2...Yb sampai pn kene poco2 jgk...aduhai....Layan je kan.

Setel poco2, yb beceramah pulak....Then baru lah penyampaian hadiah....Waa, puas hati...Badan dah penat sangat...Tak sabar je nak balik....lepas bagi2 kan duit aku pun bersalaman dengn member2....Masa tuk berpisah....Sedihnyer...Harap 1 day kite dapat jumpa lagi err....Selamat jalan team Jempol...Take care....Ada game lagi jgn lupe jemput err....Tq all.

>* AshiqinWRH *<

Friday, December 10, 2010

Hari yang sangat memenatkan (Day 3)

10 Dis 2010
Assalamualaikum

Salam semua....:))

 Seperti biasa seawal jam 8.00 pagi aku dah mulakan kerja2 mengemas lagi dan lagi dan lagi....Hari yang sangan memenatkan....Hari ini aku menugaskan diri ku untuk menegmas bilik stor pakaian pulak...Bilik nye kecik jer tapi barang nye sangat lah banyakkkkk....Tu lah yang buat aku penat sgt...Dan banyak jgk barang yang aku telah buang hari nie...Best keje buang membuang nie...huhu

Dari pagi sampai petang aku menunggu saat dimana hujan menjengah bumi...Penantian ku hampa....Hari nie mmg xhujan...Cuaca pagi yang agak cerah dan trus mendung hingga ke petang....Ttp bumi tetap indah...Dalam hati terdetik "dah lama jgk aku tak dapat tgk pelangi ?"...Mesti cantik kan klu pelangi yang kluar dalam hujan...Masa aku kecil2 dulu aku slalu mengira warna pelangi...Cikgu kate pelangi ade 7 warna...Tp tiap kali aku tgk pelangi yang muncul di awan, xpernah pn cukup 7 warna...Kenapa ya...?..Persoalan nie xpernah pulak aku ajukan pada sapa2...Tp tu lah hakikat nya....errrmmmm

Seawal jam 8.30 pagi aku menerima msg drpd seseorg yang aku anggap sebahagian daripada hidup ku...Yang aku jg anggap die sebagai kakak ku sendiri...Msg nye berbungi mcm nie :

" Bismillahirohmanirrahim....Ya Allah, wanita yang membaca msg ini adalah wanita yang solehah, yang cantik, yang kuat dan sabar.... Sayangilah die serta kasihilah die... Tolong bantu tingkatkan kehidupan nya, mudah kan rezekinya, sihatkan badan nya... Jika die melangkah, kau mudahkan lah langkahnya...Amin..

Sangat sedih dan sayu bile aku habis membaca msg nie....Tq kak iza....Semoga Allah juga mengasihi dan menyayangi kak iza dan keluarga...Aminn

Aku meneruskan kerja2 mengemas sehingga jam 5.30 ptg....Mcm biasa, setelah semua selesai aku akn menyiapkan diriku untuk menanti waktu malam...Sebelah malam pula aku ditugaskan oleh big boss tuk mengemas "my homestay" coz on 11 & 12 dis ade guess nak menyewa....Alhamdulillah...Rezeki masuk lagi....Walau penat mcm mane pn aku terus kan juga keje2 mengemas...Tepat jam 9.00 malam aku stop wat keje....Semua dah selesai...

Tanpa membuang masa, aku trus start kete pg kedai beli roti ngan 100+....Mlm ni xselera nak makan nasi....Roti pn sodappp...Makan 2 beradik je kat umah...Yang lain keluar....Malam nie mesti dapat tidur dengan lenanya kerana kepenatan....Harap esok masih ada untuk dipinjamkan nyawa....Aminn...Tq Allah

to be cont 4 de next day

>* AshiqinWRH *<

Thursday, December 09, 2010

Aktiviti agak slow (Day 2)

09 Dis 2010
Assalamualaikum

Salam semua :)) 

Hari nie semua aktiviti agak slow...perut aku sakit...mood jadi slow....tapi keje2 ngemas dapur tetap brjalan seperti biasa...aku mulakan keje2 ngemas seawal jam 7.30 pg...terasa sgt bersemangatt nak mengemas lagi...abah seperti biasa akan menyambung kerja2 nya di belakang rumah...sebelum abah mule buat kerja, dia sempat lagi ke kedai membeli roti canai untuk sarapan....waaa, sedap nye...makanan kegemaran ku...skali makan mst 2 keping...heee...

Aku banyak membuat kerja2 membongkar hari nie....keje2 menerjah semua bahagian dapur untuk di clear kan...seperti biasa hujan renyai sekali lagi menerjah bumi...abah memberhentikan kerja2 nya buat seketika...suasanya sejuk dan nyaman menyelubungi bumi felda keratong...hari ni matahari tido dari pagi smpai ptg...malam plak buat pertukaran shif dgn bulan...walau siang atau malam matahari dan bulan akan terus tersenyum untuk menerangi bumi....syukur dengan kejadian Allah swt...kan kan...

Kerja2 mengemas diteruskan sehingga jam 5.30 ptg...2 bhgn dapur telah siap aku kerja kan....hanya tinggal 1 lagi bhgn dapur yang agak berat hati tuk aku kemaskan...sudah tentu lah  bhgn dapur tempat memasak.... alamak...alergik lah nak masuk...aku tinggal kan begitu shj...dengan harapan mak akan sambung kerja2 mengemas ku...huhu...tq mum..

Setelah dikumpul kumpul semua bahan2 terbuang agak2 nye mst boleh muat 2 bonet krete...waaa...bnyak nye....memang ini lah kerja ku setiap tahun...melaksanakan tugasan "clear stok"...haha...memang best dapat buang byk barang2...now bhgn dapur dah diubah kedudukan nya...nampak agak luas...sesuai nak buat kenduri nnt...cayokkk..

Setelah semua kerja2 selesai, aku seperti biasa akan membuat persiapan diri untuk menanti waktu malam...sempat jgk aku menjengah ke bahagian belakang rumah...kerja2 yang abah membuat pangkir tempat menyimpan kayu yang dimulakan dari semalam lagi telah selesai semuanya...hasil kerja yang sgt memuaskan...semua nampak clear...

Apa yang pasti, hari esok masih ada untuk dipinjam kan nyawa....diharap agar kami sekeluarga sentiasa mendapat perlindungan NYA...diharap agar kami sekeluarga akan sentiasa bersyukur di atas segala kurniaan NYA...aminn

** tiba2 jer dapat msg dr ika...die ajak main netbal kat jempol tuk joint team drang...dah reply msg tanye bile tapi msih blum reply...harap2 tarikh game tak bertembung dgn tarikh merisik kakak...huhu..hope so..daaaa :))


to be cont 4 de next day....
>*AshiqinWRH*<

Tiba2 terasa sibuk (Day 1)

08 Dis 2010
Assalamualaikum

Salam semua :))

Hari nie aku terasa tibe2 jer sibuk...setiap pagi mcm biasa aku akan lyn blog dulu...update mane yg patut...tp kat blakang umah dh dgr abh mengetuk kayu...ketung ketang xbnti-benti...dalam ati trtanye jgk ape lah yang abh aku buat kat blakag umah...lex luu...lyn blog n fb lagi...sampai jam 11 pg aku stop semua...both log out...pg jap jengah kat blakang umah tgk abh...rupe2 nye die tgh buat pangkir tuk letak kayu2 lebihan buat umah....ooooo, aku phm...semua nie gara2 persiapan utk next yr "my sis big day"...

Lps aku tgk abh buat keje br aku trasa nak buat keje...besttt....aura dah sampai...byk sebenarnya persiapan nak dibuat...klu tak mula dr skang nnt mst sesak bile date dh dkt....bile dihitung2 semula hanya tinggal 177 hari jer lagi....baru aku prasan ms dah suntuk sebenarnya...

So, mcm biasa keje aku mengemas umah....that y my mum call me "bibik"...mmg sesuai dgn aku...gelaran yg paling2 tak sesuai dgn aku adalah gelaran "chef"...mmg tak sesuai...aku pn xnak...hehe...alergik lah dgn masak memasak nih...silap2 bleh pengsan tgh memasak..haha...

Aku mula kan dr dapur sbb bile rewang bhgn dapur paling penting...abh nak aku clearkan bhgn dapur supaya nampak luas skit...aku phm...aku start ngemas jam 11.30 sampailah kul 3 ptg...break....start semula lps asar....break...start semula lps isyak sampai jam 11 mlm....itu pn masih lagi blum setel...sambung sok plak....tu baru bhgn dapur....blum lagi bhgn dapur tem memasak....atoiiii....byk nye keje kannn....tp xpe...bagi aku mengemas umah dah mnjadi pekara biasa bagi aku...bagi seminggu utk aku ngemas pn aku on jerr....tp jgn sruh aku memasah...mmg padah lahh...

Masa aku tgh ngemas, abah aku kat blakang umah masih lagi xbnti buat keje...buat keje2 drill plak...mcm2 abah aku nie kan....ini lah yang dikatakan pengorbana seorang ayah....even anak2 dh bsr pn mereke still berjasa pada kita....sesungguh nya anak2 xmungkin mampu untuk membalas segala jasa dan pengorbanan ibu bapa walau sehingga ke akhir hayat mereka....hargai lah ibu bapa kita kerana kdg2 kita tak perasan pn yang mereka sebenarnya sedang berkorban untuk kita....waaa...sedih lah plak...tp itulah hakikatnya...

Abah brhenti buat keje bila hujan renyai mula menyinggah bumi....abah terus mengemas semua peralatan nya dan terus masuk ke rumah...mandi solat dan berehat....aku jenguk jgk ke blakang rumah....masih belum siap sepenuh nyer pangkir yang abah aku kerja kan tadi...abah mmg seorang yang sgt teliti dalam menyiapka sesuatu....sok plak sambuang kan....penattttt...

Abah cakap abah dah pegi ke jkkr utuk buat tempahan khemah...tarikh yang telah ditetap kan adalah pada 4 june 2011....iaitu tarikh kelahiran my sis jgk dan juga sempena hari keputeraan agong dan juga cuti sekolah....mmg sgt sesuai tarikh tu....that y abah dari awal nak buat persiapan...i will help u dad...dont wory...

17 & 18 dis ini rombongan dari sarawak akan sampai untuk majlis merisik...persiapan dalam proses....just a simple event....hanya keluarga belah lelaki dan belah prempuan saja yang terlibat...my untie pn kate nak dtg...best...adik bradik semua balik kecuali my bro ijam di jb...die ade kelas....xboleh ponteng...its ok...i will upload u the photos event k...

Apa yang aku harapkan agar semua persiapan akan berjalan dgn lancar....aku akan sentiasa berdoa agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan dgn sempurna...."Ya Allah ya tuhan ku, kau permudahkan lah segala urusan dan usaha kami dalam melaksanakan segala persiapan yang dirancang dalam menghadapi hari2 menyambut perkahwinan kakak ku"...aminn... :)) nite semuaaaa

to be cont 4 de next day....
>*AshiqinWRH*<

Tuesday, December 07, 2010

Song - Dealova (Dewa)

07 Dis 2010
Assalamualaikum

Salam semua :))

Lagu nie banyak memberi kenangan dalam coretan kisah cinta "sang pelangi"....semuanya hanya tinggal kenangan....sesungguh nya "Jodoh" itu adalah takdir yang telah Allah coretkan sejak azali....manusia hanya mampu merancang, segala ketentuan takdir itu hanya Allah yang berkuasa mencaturkan nya..kan..:))

Hayati lah lagu ini tanda kenangan kisah cinta "sang pelangi"...Dihadiah kan juga lagu ini untuk anda...Tq.... ;))

Dealova

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Oh karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yg kuhela kau selalu ada

Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi, dan sepi

Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada


Artis : Dewa


>*AshiqinWRH*<

Perwatakan Anda Mengikut Bulan Kelahiran

07 Dis 2010
Assalamualaikum

Salam semua :)) 

Hari ini saya ingin berkongsi bersama anda tentang perwatakan seseorang mengikut bulan kelahiran. Apa yang boleh kita lihat nnt setiap bulan kelahiran akan terselit nya perwatakan yang positif dan ada juga yang negatif. Ini menunjukan bahawa setiap manusia tidak semestinya semua sempurna (tapi itu hanyalah drpd pandangan kita sahaja). Sesungguh nya setiap kejadian ciptaan Allah itu semua nya sempurna. So, kita harus bersyukur dengan setiap kejadian dan ciptaan yang telah ditetapkan oleh Allah.

Boleh saya tahu anda anak yang ke berapa ? Sulung, anak yang ke 2, anak tengah, anak bongsu ? Apa yang penting "Anda tetap Anda". Saya yakin anda pasti bangga menjadi diri anda sendiri.

Jom kita lihat sape yang kenaaaa .....:))

Januari
>> bercita-cita tinggi dan orangnya serius
>> suka mendidik dan dididik
>> sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
>> rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
>> suka smart, kemas dan teratur
>> bersifat sensitif , berfikiran mendalam
>> pandai mengambil hati org lain
>> pendiam kecuali telah dirangsang
>> agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
>> mudah mendisiplinkan diri sendiri
>> badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
>> bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
>> cukup sayang pd kanak-kanak
>> suka duduk rumah
>> setia pada segala-galanya
>> perlu belajar kemahiran sosial
>> cukup cemburu yg sangat tinggi

Februari
>> berfikiran abstrak
>> sukakan benda yang reality dan abstrak
>> inteligent, bijak dan genius
>> berpesonality yg mudah berubah
>> mudah menawan org lain
>> agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
>> jujur dan setia pd segalanya
>> keras hati untuk mencapai matlamat
>> tidak suka dikongkong
>> mudah memberontak apabila dikongkong
>> suka kegiatan yg lasak
>> emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
>> mudah mempamirkan marahnya
>> tidak suka benda yg remeh-temeh
>> suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
>> sangat berani dan suka memberontak
>> bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya
>> pemerhatian yg tajam
>> suka hiburan dan sukan
>> suka benda yg bersifat seni
>> sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
>> berkecenderungan pd benda yg tahyul
>> amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
>> belajar untuk mempamirkan emosi

Mac
>> berpesonaliti yg menarik dan menawan
>> mudah didampingi
>> sgt pemalu dan pemendam rasa
>> sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
>> sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
>> suka pada kedamaian
>> sgt peka kepada orang lain
>> sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
>> tidak cepat marah dan sangat amanah
>> tahu balas budi dan tahu kenang budi
>> pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
>> kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
>> suka berangan-angan
>> suka melancong
>> sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
>> kelam kabut dalam memilih pasangan
>> suka dgn hiasan rumahtangga
>> punya bakat seni dalalm bidang muzik
>> kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
>> jgn terlalu moody.

April
>> sgt aktif dan dinamik
>> cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
>> sgt menarik dan pandai manjakan diri
>> punya daya mental yg sangat kuat
>> suka diberi perhatian
>> sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
>> sgt berani dan tiada perasaan takut
>> suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
>> emosi cepat terusik
>> try control the emotion
>> kecenderungan bersifat dendam
>> agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
>> kuat daya ingatan
>> gerak hati yg sangat kuat
>> pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
>> berpenyakit disekitar kepala dan dada
>> sgt cemburu dan terlalu cemburu

Mei

>> kekerasan hati & degil
>> kuat semangat & bermotivasi tinggi
>> pemikiran yg tajam
>> mudah marah apabila tidak dikawal
>> pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
>> perasaan yg amat mendalam
>> cantik dr segi mental & fizikal
>> tidak perlu dimotivasikan
>> tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
>> mudah dipujuk
>> bersikap sistematik (otak kiri)
>> suka berangan
>> kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
>> bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
>> daya khayalan yg tinggi
>> permikiran yg tajam
>> pandai berdebat
>> fizikal yg baik
>> kelemahan sistem pernafasan
>> suka sastera,seni & muzik serta melancong
>> tidak berapa suka duduk dirumah
>> tidak boleh duduk diam
>> tidak punya ramai anak
>> rajin dan bersemangat tinggi
>> agak boros

June
>> berfikiran jauh & berwawasan
>> mudah ditawan krn sikap baik
>> berperangai yg lemah lembut
>> mudah berubah sikap,perangai, idea @ mood
>> idea yg terlalu banyak dikepala
>> bersikap sensitif
>> otaknya aktif (sentiasa berfikir)
>> sukar melakukan sesuatu dgn segera
>> bersikap suka menangguh-nangguh
>> bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
>> cepat marah &cepat sejuk
>> suka bercakap & berdebat
>> suka buat lawak & bergurau
>> otaknya cerdas berangan-angan
>> mudah berkawan & pandai berkawan
>> org yg sangat tertib
>> pandai mempamerkan sikap
>> mudah kecil hati
>> mudah kena selsema
>> suka berkemas
>> cepat rasa bosan
>> sikap terlalu memilih & cerewet
>> kurang mempamerkan perasaan
>> lambat nak sembuh apabila terluka hati
>> suka kepada barang yang berjenama
>> mudah menjadi eksekutif
>> kedegilan yg tidak terkawal
>> sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.


Julai

>> Sangat seronok didamping
>> Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
>> Agak pendiam kecuali diransang
>> Ada harga dan maruah diri
>> Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
>> Mudah dipujuk dan bercakap lurus
>> Sangat menjaga hati orang lain
>> Sangat peramah
>> Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
>> Berjiwa sentimental
>> jarang berdendam
>> mudah memaafkan tapi sukar melupakan
>> tidak suka benda remeh-temeh
>> membimbing cara fizikal dan mental
>> sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
>> layanan yg serupa dgn semua orang
>> tinggi daya simpati
>> pemerhatian yg tajam
>> suka menilai org lain dgn pemerhatian
>> mudah dan rajin belajar
>> suka muhasabah diri
>> suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
>> suka mendiamkan diri
>> suka duduk dirumah
>> suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
>> tak agresif kecuali terpaksa
>> lemah dari segi kesihatan perut
>> mudah gemuk kalau tak kawal diet
>> minta disayangi
>> mudah terluka hati tapi lambat pulih
>> terlalu mengambil berat
>> rajin dalam membuat kerja


Ogos

>> suka berlawak
>> mudah tertawan kepadanya
>> sopan santun dan caring terhadap org lain
>> berani dan tidak tahu takut
>> orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
>> pandai pujuk org lain
>> terlalu pemurah & bersikap ego
>> nilai harga diri yg sangat tinggi
>> dahagakan pujian
>> semangat juang yg luar biasa
>> cepat marah & mudah mengamuk
>> mudah marah apabila cakapnya dilawan
>> sangat cemburu
>> daya pemerhatian yg tajam & teliti
>> cepat berfikir
>> fikiran yg berdikari
>> suka memimpin & dipimpin
>> sifat suka berangan
>> berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
>> sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
>> cepat apabila ditimpa penyakit
>> belajar utk relax
>> sikap kelam kabut
>> romantik ,pengasih,penyayang
>> suka mencari kawan

September
>> sangat bersopan santun & bertolak ansur
>> sangat cermat,teliti & teratur
>> suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
>> pendiam tapi pandai bercakap
>> sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
>> sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
>> kerja yg dilakukan sangat sempurna
>> sangat sensitif yg tidak diketahui
>> org yg banyak berfikir
>> daya pentaakulan yg baik
>> otak bijak & mudah belajar
>> suka mencari maklumat
>> kawal diri dari terlalu mengkritik
>> pandai mendorong diri sendiri
>> mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn simpan rahsia
>> suka sukan,hiburan & melancong
>> kurang menunjukkan perasaannya
>> terluka hatinya sangat lama disimpan
>> terlalu memilih pasangan
>> sukakan benda yg luas
>> bersistematik

Oktober


>> suka sembang
>> suka org yg sayang padanya
>> suka ambil jln tengah
>> sangat menawan & sopan santun
>> kecantikan luar & dalam
>> tidak pandai berbohong & berpura-pura
>> mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
>> sentiasa berkawan
>> hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
>> cepat marah
>> macam pentingkan diri sendiri
>> tidak menolong org kecuali diminta
>> suka melihat dari perspektifnya sendiri
>> tidak suka terima pandangan org lain
>> emosi yg mudah terusik
>> suka berangan & pandai bercakap
>> emosi yg kelam kabut
>> daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
>> suka melancong,bidang sastera & seni
>> pengasih ,penyayang & lemah lembut
>> romantik dlm percintaan
>> mudah terusik hati & cemburu
>> ambil berat tentang org lain
>> suka kegiatan luar---->beach party,
>> org yg adil
>> boros & mudah dipengaruhi persekitaran
>> mudah patah semangat



November

>> banyak idea dalam perkara
>> sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
>> berfikiran kehadapan
>> berfikiran unik dan bijak
>> penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
>> pemikiran yg tajam
>> daya firasat yg sgt halus dan tinggi
>> bagus utk jadi doktor
>> cermat dan teliti
>> personality dinamik
>> sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia---->sakitlah korang...
>> banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
>> berani, pemurah, setia dan byk kesabaran
>> terlalu degil dan keras hati
>> apabila hendak, diusahakan sehingga berjaya
>> tak suka marah kecuali digugat + ----------->dan dipaksa
>> mudah ambil berat terhadap orang lain
>> pandai muhasabah diri
>> cara berfikir lain dari org lain
>> otak yg sangat tajam
>> pandai mendorong diri sendiri
>> tidak hargai pujian
>> kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
>> badan yg tough------------->optional
>> kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
>> romantik
>> tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
>> suka duduk dirumah
>> sangat rajin dan berkemampuan tinggi
>> amanah, jujur setia dan pandai berahsia
>> tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
>> bercita-cita tinggi
>> perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


Disember

>> Sangat setia dan pemurah
>> Bersifat patriotik
>> Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
>> Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
>> Bercita-cita tinggi
>> Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
>> Seronok didampingi
>> Suka bercampur dgn org
>> Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
>> Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
>> Tidak pandai berpura-pura
>> Cepat marah
>> Perangai yg berubah-ubah
>> Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
>> Benci pada kongkongan
>> Suka berlawak
>> Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik


P/s : Setiap yang disampaikan ini hanyalah sekadar kajian yang telah dibuat oleh ramai pihak. Sesungguh nya setiap manusia mempunyai perwatakan yang berbeza-beza. Ape yang penting "Segala yang baik itu datang nya drpd Allah dan segala yang tidak baik itu datang nya drpd diri kita sendiri". Kenali lah diri anda sebaik-baik nya k. Sekian drpd saya :))

>*AshiqinWRH *<

Song - Pelangi Petang (Sudirman)

07 Dis 2010
Assalamualaikum

Salam semua :))

Antara lagu kegemaran "sang pelangi"....juga lagu coretan kisah cinta "sang pelangi"...nyanyian yang dihadiahkan ketika di bumi nan indah "Tioman".

Akan dihadiah kan lagu ini juga untuk anda...kite share err.... ;))

Pelangi Petang

Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapan ku

Ku percaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersama mu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

(Ulang korus)

>*AshiqinWRH*<


Carian : http://www.liriklagu.com/liriklagu_s/Sudirman_PelangiPe.html
________________________________________________________________________________

Monday, December 06, 2010

Right or Wrong About Me ?

05 Dis 2010
Assalamualaikum

Salam semua :))

Pada hari ini terdetik dalam fikiran saya nak menjelaskan ttg ape yang betul dan ape yang salah ttg diri saya...ermm...

* adakah saya seorg yang sgt memilih ?
* adakah saya seorg yang suka dipilih ?
* adakah saya sgt cerewet dalam membuat pilihan ?
* adakah saya tak pandai buat pilihan ?
* adakah saya suke memilih-milih ?
* adakah saya adalah orang yang terpilih ?

Orang selalu perasan yang anak ke 2 nie mempunyai taste yang agak pelik dan luar biasa.....betul ker...? tp klu nak diikut kan kajian mmg begitulah perangai seorang anak yang ke 2....ramai orang disekililing sukar tuk meramal perangai dan tindakkan yang bakal dilakukan oleh anak ke 2 nie...kadang2 ok...kadang2 tak ok....mane yang betul nyer...??

So the Right or Wrong about me ?

  • Pilihan antara memasak dgn mengemas rumah ?
Sebagai seorang wanita sememang nya memasak adalah suatu perkara yang wajib diketahui dan dipelajari. Tp bagi saya memasak adalah suatu perkara yang agak pelik untuk saya lakukan. Sehingga kini saya masih lagi tidak mampu utk spend time di dapur. Walau pn saya tak pandai dan tak suke memasak tp ade juga jenis2 makanan yang saya boleh masak. Hanya orang2 tertentu sahaja dapat rasa masakkan saya. Huhu. Oleh sebab itu, saya lebih suka memilih untuk mengemas rumah berbanding memasak. Saya mampu untuk spend time dari jam 7pg sehingga lah jam 5ptg untuk mengemas rumah sahaja. Apa yang pasti pada setiap hari saya tdk akan mis memegang penyapu dan penyodok sampah. Itulah rakan dan itu lah sahabat saya setiap hari pagi ptg dan malam.
  • Pilihan antara tido atau makan ?
  • Pilihan antara nasi atau coklat ?
  • Pilihan antara berdiam dgn membantah ?
  • Pilihan antara meNgorat atau diNgorat ?
  • Pilihan antara mengarah atau diarah ?
  • Pilihan antara kluar rumah atau ddk rumah ?
  • Pilihan antara kekasih atau keluarga ?
  • Pilihan antara bersukan atau shoping ?
  • Pilihan antara duit atau pasangan ?
  • Pilihan antara yang mahal atau yang murah ?
  • Pilihan antara yang berjenama atau tidak berjenama ?
  • Pilihan antara sahabat perempuan atau sahabat lelaki ?
  • Pilihan antara baju kurung atau sluar jeans ?

** 2 be cont (^_^) 

>* AshiqinWRH *<