Sunday, September 23, 2012

My new collection...nice...!!

23 Sept 2012
Assalamualaikum

Salam semua :)) 




First time jumpe souvenir berbentuk "rubber magnet" yg sweet mcm nie....only @ melaka....smlm aku ke Zoo Melaka bersama dgn anak2 murid kesayangan.....keluar dari zoo jer aku trus pg ke stall2 jualan...dalam byk2 kedai tu aku tertarik dgn souvenir nie....mmg niat dr umah nak cari perhiasan magnet....tak sangka jumpe dgn magnet nie....new style & nice....

Then aku berjalan plak ke Bandar Hilir....pn sama jgk ade kedai2 yg jual produk2 "Sweet Souvenirs"....memandang kan aku dh beli ms kat zoo td so aku tgk2 jer lah....tp next time klu trun melaka,  mmg aku nak cari lagi product2 "Sweet Souvenirs" nie....mmg owsemmm....

Klu korang nak tgk lbh byk produk yg dihasil kan oleh "Sweet Souvenirs", korang boleh visit this blog http://malaccaconceptstore.blogspot.com/.....kul ke melaka nnt jgn lupe singgah tau....!! 

hihi (^_^)


>* AshiqinWRH *<

Friday, September 21, 2012

Sujud Sahwi

21 Sept 2012
Assalamualaikum

Salam semua :))




Pada kali ini saya berminat untuk berkongsi sedikit ilmu bersama pengunjung2 blog "Pelangi Petang" tentang "SUJUD SAHWI"...hihi (^_^) 

Apa itu Sujud Sahwi.....?? 
  • Sahwi bermaksud lupa sesuatu. 
  • Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat
  • Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam.
  • Ia dilakukan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.
Doa sujud sahwi adalah seperti berikut.....


Ertinya   :   "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."

Sebab-sebab sujud sahwi dilakukan.....
  1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan
    1. Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi. 
  2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan
    1. Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.
  3. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu
    1. Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:
      1. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
      2. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.

Hal-hal Berkenaan Dengan Sujud Sahwi
  1. Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja, dan ia belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya, maka ia wajib kembali kepada rukun yang tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia sudah berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dengan rukun pada rakaat berikutnya itu. Pada kedua-dua hal ini, wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya.
  2. Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka harus pula melakukan salam sekali lagi.
  3. Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja, maka batallah solatnya.
    1. Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab'adh tersebut, maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi.
    2. Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam.
    3. Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya, maka sunat ab'adh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.
  4. Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.
  5. Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.

*** Hindarilah sifat was-was dalam diri kerana itu adalah sahabat syaitan....semoga amalan kita diredhai Allah swt....aminn (^_^) 


>* AshiqinWRH *<

Monday, September 10, 2012

Siapa Jodoh Kita...?

28 Jan 2012
Assalamualaikum

Salam semua :))

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


>* AshiqinWRH *<

Saturday, September 08, 2012

Khisah vs Cherita

08 Sept 2012
Assalamualaikum

Salam semua....:))
Cherita "Anak Kampung"

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli kuli sahaja memang tidak padan
Cantik ba kau itu banyak yg tergoda
Lagi orang kaya

Chorus
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apalagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta
Aku lepaskan kau sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna 


**  Kerna Aku Cinta, Aku Lepaskan Kau Sama Orang Lain (^_^)

>* AshiqinWRH *<

Sunday, September 02, 2012

Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR & PBS P.Moral (Peringkat Kebangsaan & Negeri)

02 Sept 2012
Assalamualaikum

Salam semua :))

Gabungan JU Pendidikan Moral Zon Pantai Timur
Mesyuarat Penyelarasan JU Pendidikan Moral Negeri Pahang
 

>* AshiqinWRH *<

Salam AidilFitri Buat Semua (^_^)

02 Sept 2012
Assalamualaikum

Salam semua :))

Alhamdulillah, pada tahun nie aku dan keluarga dapat juga beraya di Keratong setelah beberapa tahun beraya di Kuala Lipis.....Kami sekeluarga juga berkesempatan beraya ke Pekan, Pahang pada raya pertama.....Beraya ke Mersing pada raya ketiga.....dan berjalan2 ke KL pada raya ke 4 & 5.....(^_^)

Misi penting utk berkenalan bersama keluarga di Pekan dan Mersing dah pn terlaksana....Semoga niat baik kami sekeluarga untuk mendirikan masjid kedua2 adik lelaki kami dapat dipermudahkan urusan nya.....sekali lagi aku akan jadi "wedding planer" untuk majlis bersejarah yang bakal berlangsung pada tahun hadapan....Semoga mendapat rahmat dan hidayah drpd Allah Yang Maha Esa......Amin


 
Walaupn dah masuk raya ke 6 & 7, aku masih lagi berkesempatan beraya bersama sahabat2 lama di keratong yang masih dalam cuti.....terima kasih semua......semoga tahun hadapan kita masih berkesempatan beraya bersama (^_^)


>* AshiqinWRH *<

Hari Ini & Esok

01 Sept 2012
Assalamualaikum

Salam semua :))

Jangan kamu gentar meniti masa.....kerana masa itu penentu setiap perancangan hidup kamu....masa juga adalah takdir yang tak mampu kamu ubah walau sedetik.....dalam sekelip mata kita boleh berubah dan diubah.....subhanallah

hari ini kamu berkuasa.....hari esok belum tentu kamu mampu berdiri walaupun bertongkat
hari ini kamu bermaruah....hari esok belum tentu kamu mampu bersuara menegakkan keadilan
hari ini kamu menindas.....hari esok belum tentu kamu mampu menunding jari mengelak kesilapan
hari ini kamu mrancang keaiban....hari esok belum tentu kamu mampu menutup tubuh walau seurat benang
hari ini kamu melangkah mendongak langit......hari esok belum tentu kamu terbela
hari ini milik kamu.....hari esok belum tentu kamu miliki apa-apa

Tetapkan hati dan susuli setiap langkah kamu dengan niat yang baik....kerana setiap niat yang baik itu akan sentiasa dibekal kan pahala dan rahmat ilahi.....Sabar pula sebagai teman dalam kita meredah setiap dugaan Allah swt di muka bumi ini......Semaikan lah sabar dalam diri sebagai benih keimanan dunia dan akhirat.....amin (^_^)


** Ya Allah ya tuhan ku, ampunilah dosa-dosa ku.....ampunilah dosa kedua ibu bapa ku.....ampunilah dosa adik beradik ku.....jadikan aku sebagai umat mu yang mampu dan sentiasa memberi manfaat kepada diri ku sendiri dan orang lain.....jauhi aku daripada perbuatan jahat manusia dan syaitan.....murah kan lah rezeki ku dalam aku menjalani ibadah mu.....lindungilah aku dibawah kekuasaan mu.....permudahkan lah urusan ku dalam aku mencari syurga mu Ya Allah.....amin-amin ya robbal alamin.


>* AshiqinWRH *<