Wednesday, January 05, 2011

Genap Setahun Aku Bergelar Guru

05 Jan 2011
Assalamualaikum

Salam semua :))

Diharap agar semua mereka2 yang berada disekeliling ku sentiasa sihat terutamanya keluarga tercinta mak, abah dan adik beradik..Kesejahteraan anda semua akan sentiasa kngah doa kan..Amin


Pada 04 Jan 2011, genap lah setahun aku bergelar "Cikgu Ashiqin"..Gelaran yang sering disebut2 oleh anak2 murid yang tersayang..Wajah dan keceriaan anak2 murid di sekolah sentiasa menjadi pengubat dan penawar segala masalah..Kehadiran mereka dalam hidup telah banayk mengubah perjalanan hidup ku yang kini menjadi lebih ceria dan bermakna.

Teletah anak kampung yang berada di sekitar bumi felda ini sentiasa mengingat kan aku tentang zaman2 silam ku ketika di bangku sekolah rendah..Sungguh cekal mereka dulu bergelar guru yang telah banyak mendidik dan mencurah kan ilmu kepada aku..Terima kasih aku ucapkan kepada semua..Jasa guru2 akan sentiasa dikenang selagi hayat dikandung badan.


Kini aku telah dewasa..Kini aku pula bergelar guru..Kini giliran ku pulah mencurahkan segala ilmu dan didikan ku kepada anak bangsa..Kini aku sedar bahawa tanggungjawab seorang guru bukan mudah dipandang mata..Bukan mudah diperkatakan dengan suara..Bukan mudah sperti yang dicanangkan ditelinga..Bukan mudah seperti yang arahkan dengan telunjuk..Bukan mudah untuk dibiarkan acuh tak acuh..Bukan mudah seperti yang difirkan oleh semua disekeliling..Hanya mereka yang bergelar guru sahaja yang akan faham setiap pengorbanan dan curahan keringat yang dilakukan untuk digelar seorang "PENDIDIK" anak2 bangsa.

SK Keratong 4 & 5 merupakan sekolah pertama ku di posting kan..Dengan dokongan seorang guru besar yang bernama En Simon, kini aku mampu berdiri, mampu bersuara, mampu menyumbang idea dan tenaga, mampu tersenyum, mampu berbagga digelar "Cikgu Ashiqin"..Beliau yang sporting dan ramah dalam pergaulan telah memudahkan aku mengenal setiap isi yang terkandung dalam keluarga sekolah. Perpisahan beliau dengan pihak sekolah sangat lah dirasai..Setiap titisan air mata guru2 sekolah memberi nilai yang besar kepada setiap jasa dan pengorbanan beliau di sekolah..Semoga berjumpa lagi cikgu :))

Masih aku ingat lagi, pada tarikh sambutan hari hari guru peringkat sekolah, kami warga skk4 telah dianugerahkan seorang lagi guru besar wanita yang buat pertama-tama kalinya dicanang-canangkan seorang yang sangat tegas bernama Puan Wan Gayah Bt Ali..Tetapi setelah 6 bulan berada di bawah pentadbiran beliau, aku merasakan masa itu sangat singkat..Beliau juga bakal dipisah kan dari kami warga skk4..Masih terlalu banyak ilmu2 yang beliau ada perlu aku pelajari..Terlalu banyak pengalaman2 beliau yang masih perlu dikongsi bersama..Secara jujur nya saya masih lagi perlukan khidmat cikgu untuk trus berada di skk4 sebagai role model kepada saya yang masih setahun jagung.."Saya Menurut Perintah"..Itu lah yang perlu disematkan sebagai landasan kita melaksanakan tugasan yang diberikan..Semoga berjumpa lagi cikgu :))


Ini lah die barisan wajah2 ceria perjuang pendidik anak2 bangsa yang telah banyak menyumbang idea dan keringat yang kini bergelar seorang "GURU"..Tahniah saya ucapkan kepada semua guru2 skk4..Semoga kita semua tidak akan berputus asa meneruskan perjuangan kita menjadi pendidik..Sesungguhnya kerjaya kita sebagai seorang guru tidak akan dapat dinilai pengorbanan nya sepertimana mereka2 yang bergelar "Ibu Bapa".

Terima kasih saya ucapkan kepada semua guru2 skk4 kerana telah menerima saya menjadi sebahagian daripada ahli keluarga anda..Slaku anak kedua bongsu, saya sangat2 menghargai setiap tunjuk ajar, setiap ilmu, setiap pengalaman, setiap teguran, setiap gurau senda, setiap tawa tangis, setiap susah payah, setiap penghargaan, setiap pertolongan, setiap ketulusan hati semua guru2 skk4 kepada saya selama ini..

Menjelang tahun baru ini, saya berharap agar hubungan erat yang telah terjalin antara semua guru2 akan kekal abadi sebagai pendorong dan semangat kita semua..Semoga berjaya dan terus cemerlang.."SKK4 dekat di hati".. Terima kasih semua :))

>* AshiqinWRH *<