Saturday, December 04, 2010

Kata Kata dalam Islam

Assalamualaikum

Isi Ilmu yang sangat berguna buat semua :
  • "Rumah yang di dalam nya terdapat anak-anak perempuan, maka setiap hari Allah menurunkan 12 rahmat. Para malaikat tidak putus-putus mengunjungi rumah itu, dana para malaikat di setiap hari dan malam nya akan mencatat untuk dua orang tua nya pahala sama dengan pahala ibadah 70 tahun" (H.R.Abu Ya'la). - 04/12/2010

  • Barangsiapa menghiasi dirinya dengan sifat malu, maka orang lain tidak akan menemukan aibnya. - 08/12/2010


  • Allah menyukai orang-orang yang baik, bertakwa dan tidak terkenal yang bilamana mereka tiada, mereka tidak akan dicari, dan bilamana mereka ada, mereka tidak dikenali. (Sedutan hadith yang panjang riwayat Umar bin Khattab r.a) - 08/12/2010


  • Rasulullah s.a.w bersabda: apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka.(Hadith Shahih) - 08/12/2010

  • Jika hati penuh dengan iman, dihiasi dengan taqwa, dan dipelihara dengan zikir, maka syaitan tidak akan berkuasa atasnya dan tidak punya jalan untuk masuk ke dalam hatinya. - 10/12/2010

  • Orang yang berakal ialah orang yang mengetahui dan menyedari bahawa kehidupan dunia tidak digunakan untuk bersenang-senang, kerana itu dia amat berhati-hati dalam menggunakan dan memanfaatkan masa dalam setiap kesempatan. - 10/12/2010

  • 4 perkara yang tidak dapat diraih kecuali dengan keredhaan Allah s.wt :
    1. Banyak bersikap diam
    2. Merendahkan hati (tawadhu’)
    3. Banyak berzikir kepada Allah
    4. Kesederhanaan dalam segala hal. - 14/12/2010

  • 3 perkara meningkatkan kemuliaan
    1. Memaafkan kesalahan orang lain dan menghapuskan bekas-bekasnya
    2. Memberi sesuatu kepada orang yang tidak pernah memberinya sesuatu
    3. Menyambung silaturrahim dengan orang yang memutuskan hubungan silaturrahim dengan dia. - 14/12/200

  • Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.
  • Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.
  • Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.
  • Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.
  • Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.
  • Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.
  • Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan orang lain. - 14/12/2010

  • Jika hati penuh dengan iman, dihiasi dengan taqwa, dan dipelihara dengan zikir, maka syaitan tidak akan berkuasa atasnya dan tidak punya jalan untuk masuk ke dalam hatinya. - 17/12/2010

  • Firman Allah : "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan baik-baik), maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha mengasihani (Al-Ahzab 59) - 17/12/2010

  • Rasulullah (saw) bersabda : Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan. (Hadith Riyawat Ibnu Majah) - 17/12/2010

>* AshiqinWRH *<

No comments: