04 Dis 2010
Assalamualaikum
Pelajaran 10
Pada hari ini saya ingin menceritakan sedikit tentang kepercayaan kita sebagai umat islam kepada "Qadha' & Qadar"..
Seperti yang kita tahu pengertian Qadha' membawa maksud "Hukum Allah tentang mewujudkan sesuatu tentang sifatnya"...sebagai contoh kejadian tinggi, rendah, hitam, putih dan sebagainya.
Manakala Qadar pula membawa maksud "Ilmu Allah di zaman Azali (iaitu sebelum terjadinya sesuatu) tentang sifat-sifat dan ketentuan makhluk Nya"
Beriman kepada "Qadha' dan Gadar" ini hukumnya wajib dan sebagai org yang beriman kita wajib sabar dan redha menerima segala ketentuan yg telah ditetapkan oleh Allah...walaupn pada takdirnya kita bakal menerima kesusahan ttp kite harus sntiasa sabar kerana disebalik kesusahan itu kita bakal memperoleh kebahagiaan dan mungkin juga kesenangan...sebagai manusia kita hanya akan dapat mengetahui hikmah disebalik kesusahan itu setelah kesusahan itu berlalu....
Saya juga pernah mengalami apa yang telah dikatakan dgn "Qadha' dan Qadar"...pada mulanya saya akan merasakan ia suatu bebanan dan kesusahan buat diri saya...saya sntiasa berdoa dan berharap agar segala kesusahan itu bakal berakhir...sesungguh nya kepercayaan yang telah Allah wujud kan ini telah banyak membuka mata saya ttg hikmah disebalik segala kesusahan itu...terlalu byk pengalam hidup yang saya peroleh daripada kesusahan yang saya terima...terlalu byk perubahan2 baik yang dapat sy amalkan...sehingga kan Allah swt juga telah memberi petunjuk kepada saya untuk membuat keputusan dan akhirnya kesusahan itu telah mampu buat saya tersenyum...alhamdulillah...:))
Antara jenis2 "Qadha' dan Qadar" :
- Q&Q yang mesti berlaku dan tidak dapat dielakkan seperti calon bayi yang telah ditetapkan jenis jantinanya, dimana sesorg itu akan wafat (ajal & maut), dimana sesorg itu akn berkubur, bila akan trjadi kiamat dan sebagai nya.
- Q&Q yang digantung kan, yakni qadha' dan qadar yang masih boleh diubah..disini lah kita selaku manusia masih diwajib kan berusaha menurut kemampuan sendiri.
Oleh yang demikian, kita harus menganggap mempercayai "Qadha dan Qadar" mampu menghilang kan kekacauan pemikiran dan kesulitan yang kita hadapi..Ini kerana manusia itu telah percaya sepenuhnya kepada kekuasaan takdir Allah yang menentukan segala nya.
Sabda Rasullullah saw, bermaksud :
"Beriman kepada Qadha' dan Qadar dapat menghilangkan kebimbangan dan kesusahan". (H.R.Hakim dari Abu Hurairah)
Allah swt berfirman, bermaksud :
"Sesuatu kebaikan yang menimpa diri mu ialah semata-mata dari Allah, dan kejahatan yang menimpa diri mu adalah kesalahan diri mu sendiri". (Annisaa' ayat 79)
Sebagai kesimpulan nya, kita sebagai manusia hanya mampu melaksanakan segala tanggungjawab dan usaha yang berterusan. Manakala segala takdir dan ketentuan adalah di tangan Allah swt. Berusaha dan bertawakal itu adalah yang sebaik-baik nya.
Sumber bacaan
Tajuk buku : Asas Pengetahuan Agama Islam (Tauhid, Feqah & Akhlak) - Akhmal Hj. Mohd
Zain.
No comments:
Post a Comment