17 Dis 2010
Assalamualaikum
Salam semua..:))
Hari ini merupakan hari pencipta sejarah baru dalam hidupku..Peristiwa "cabut gigi"..Argghhhh tak suke..Aku merasakan yang kini aku semakin dewasa..Umurku kian meningkat..Pendirian kian matang..Diri kini semakin dilengkapi dengan perbagai tanggungjawab..Hari demi hari perlu aku harungi dengan penuh ketabahan dan kesabaran..Semoga Allah sentiasa permudah kan segala urusan ku...Aminn
Hari ini merupakan hari pencipta sejarah baru dalam hidupku..Peristiwa "cabut gigi"..Argghhhh tak suke..Aku merasakan yang kini aku semakin dewasa..Umurku kian meningkat..Pendirian kian matang..Diri kini semakin dilengkapi dengan perbagai tanggungjawab..Hari demi hari perlu aku harungi dengan penuh ketabahan dan kesabaran..Semoga Allah sentiasa permudah kan segala urusan ku...Aminn
Seawal jam 8.30 pagi, aku, abah dan mak telah menjadual kan diri untuk ke Bahau..Nie semua gara2 dah hampir seminggu gigi ku sakit...Even dah pegi klinik kerajaan pn still sakit jugak..So abah mencadang kan aku untuk ke sebuah klinik swastar di Bahau yang pernah die dan kakak pergi dulu..Aku harap penderitaan ku setiap hari menanggung kesakitan akibat gigi rosak akan setel hari ini juga..
Sampai nya di Bahau, abah trus bawa ku ke klinik swastar iaitu "Klinik Pergigian Eng"..Kata abah doktor nie bagus..From Taiwan..Gerenti puas hati..Tapi dalam hati ku tetap berdebar2 sebab nie lah first time aku nak cabut gigi..Kalau gigi kecik takpe lah..Nie gigi geraham no 28..Gigi paling belakang sekali..Memang sangat2 risiko..Tapi aku nekad juga untuk mencabut nya..
Melangkah nya aku masuk ke klinik tu trus aku bertanya kan samada doktor ada atau tidak..Mujur ada..Aku tinggal kan ic dan buat appointment untuk cabut gigi beserta deposit rm10..Tak sampai 5 minit nurse panggil aku masuk.."Sila duduk cik"..Tq..Tenang je rasa..Tapi kelibat doktor masih lagi belum nampak..Nurse memeriksa gigi ku yang bermasalah..Nurse cakap confirm dah rosak teruk.."Memang kene cabut nie"..Nurse trus panggil doktor dan baru lah aku perasan yang doktor gigi nie hansem orang nye...hehe..Fasih berbahasa melayu..Soalan pertama doktor, "Umur brapa?"..Dalam keadaan yang cuak aku menjawab, "27"..Doktor trus memeriksa gigi ku yang rosak..Gigi geraham no 28..Doktor bius 2 bahagian..Satu bahagian betul2 sebelah gigi geraham yang rosak tu dan lagi satu bahagian di lelangit mulut ku..Dalam beberapa saat aku terasa sebahagian mulut ku semakin kebas..Ubat bius yang membengkak di dalam mulut ku membuatkan aku sukar untuk bercakap..Nurse membenar kan aku keluar sebentar selama 10 minit untuk memastikan ubat bius itu berfungsi dengan sepenuhnya..
Aku keluar dari bilik doktor dalam keadaan lega dan tersenyum..Dalam hati aku berkata, "Doktor nie memang special lah"..Memang betul lah kata abah, doktor from Taiwan nie memang pakar bab mencabut gigi..seperti perumpamaan yang menyebut "Sekilas ikan di laut, aku tahu jantan betina nya"..Klu tidak tak mungkin abah still loyal dengan doktor nie..kan kan..
Selepas 10 minit, cik Nor Ashiqin !..arghhhh..Tibe2 je aku jadi takut semula...Mulut dah Makin kebas nie.."Sila duduk cik"..Aku baring atas kerusi dalam keadaan mata ditutup..Takutt..Nurse memanggil doktor keluar..Doktor berpesan kepada aku supaya jangan takut..Gerenti tak sakit..Sekejap je err..Aku mengangguk dalam keadaan mata masih tertutup..Nurse memegang kepala ku dan meminta aku mengangakan mulut..Tak sampai 2 minit doktor mengoperate gigi ku, tibe2 jer doktor cakap "dah boleh balik"..Terpinga2 aku kat atas kerusi tu..Rupe2 nye gigi aku yang sakit tu dah siap dicabut pn..waaa..Senang nye...Tak rasa sakit pn..Doktor menunjukkan gigi ku yang telah dicabut itu..Doktor kata memang dah rosak teruk..Aku meminta izin drpd nurse untuk membawa balik gigi ku itu..Nurse trus ambil tisu dan masukkan gigi ku.."Tq nurse".."Tq doktor"..Sambil aku menuju keluar dari bilik, doktor berpesan "gigit kapas dalam mulut tu selama 3 jam err..Dalam masa 3 jam awak tak boleh makan"..Aku menggangguk dan terus keluar..Aku pegi ke kaunter untuk buat bayaran...Sangat berbaloi..Hanya rm65 termasuk kapas dan ubat tahan sakit..Im done..
Memang tak sangka peristiwa untuk pertama kali nya aku mencabut gigi pada hari ini berjalan denagn lancar..Kini gigi aku dah langsung tak terasa sakit..Rasa nak makan banyak2 jer..Rasa macam nak jerit je kuat2 sebab sakit gigi dah baik..Seronok nya..So, boleh lah aku tersenyum lebar pada majlis merisik kakak ku esok kan..ermmmm..
Kepada sahabat2 di luar sana, sekiranya anda berada di sekitar bandar Bahau dan memang berhajat untuk mencabut gigi anda di klinik swastar, maka saya dengan senang hati mencadang kan supaya anda boleh lah berkunjung ke "Klinik Pergigian Eng"..Cari je kat area bandar, pasti anda akan jumpe punyer..Saya jamin anda pasti berpuas hati kerana saya juga berpuas hati..Selamat mencabut gigi !..
>* AshiqinWRH *<
No comments:
Post a Comment