Wednesday, December 22, 2010

Majlis merisik My sis (Day 11)

15 Dis 2010
Assalamualaikum

Salam semua...:))

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana Allah swt telah memanjangkan usiaku..Memperkenan kan doa2 ku dan keluarga agar sentiasa dipeliharakan kesihatan..Dimurah kan rezeki..Dikurniakan kebahagian di dunia ini..Dan diharap kan agar doa2 ku untuk memperoleh kebahagian di akhirat juga bakal dikurniakan..Aminn.

Segala usaha2 persiapan yang dibuat untuk menyambut kehadiran keluarga dari sarawak telah pn selesai dilaksanakan..Majlis merisik my sis berjalan dengan lancar..Kedua2blah pihak telah melafazkan kata setuju dan sepakat untuk merestui perhubungan my sis dan norman..Alhamdulillah.

Dalam majlis yang serba sederhana dan "sempoi" ini, pihak keluarga lelaki telah menyerahkan sebentuk cincin merisik dan sepasang baju nikah..Kedua2 belah keluarga juga telah bersetuju untuk menetapkan duit hantaran sejumlah rm10k..Dan tarikh untuk melangsungkan majlis adalah pada tahun hadapan bulan june..Setel :))

                                     


Kehadiran keluarga dari sarawak ini tidak kami sia2 kan..Pada sebelah malam kami 2 belah keluarga keluar makan di bandar keratong..Abah sempat lagi bawa family norman pusing2 area keratong..Sperti biasa suasana bumi nan indah felda keratong sentiasa indah dimata ku.

Hari ke 2 nye pula kami semua bercadang untuk choping ke bandar segamat..Ini semua gara2 "end yr sale"..Memang half price..Sangat berbaloi 4 choping time..Family dari sarawak memborong kain pasang untuk dia balik ke sana..My sis dan norman pergi ke tingkat atas untuk survey kain songkek untuk buat baju kawen..Pilihan tema majlis perkahwinan adalah "cream gold"..Aku dan mak bersetuju nak pakai baju yang same pada majlis akad nikah kakak..Tp malang sekali kain yang kami pilih tu tak cukup meter..Budget nak borong 7 pasang tp bile kira2 balik jus cukup 3 pasang..So cancel beli..Kene cari yang lain pulak..Mayb next time lah kot..



Setelah semua penat choping, kiteorg semua pegi makan nasi ayam special kat taman yayasan..Then, family dari sarawak terus gerak balik kl bersama my sis and my bro..Hope we can see u next time either at semenanjung or sabah srwak..kan kan..Thanz all..



P/s : "Ya  Allah ya tuhan ku, KAU permudahkan lah segala urusan kami sepanjang usaha kami membuat persiapan perkahwina my sis..KAU jauhkan lah kami drpd sebarang bentuk pembaziran..KAU murahkan lah rezeki kami..KAU panjangkan lah umur kami..KAU restukan lah ikatan perkahwinan ini..Semoga kami sentiasa mendapat perlindungan drpd mu ya Allah..Aminn.


to be cont 4 the next day

>* AshiqinWRH *<

No comments: