Wednesday, December 22, 2010

Warna Tentang Sayur & Buah Mempengaruhi Kesihatan

06 Dis 2010
Assalamualaikum

Salam semua :))

Pernahkah anda terfikir sayuran berwarna terang sebenarnya mempengaruhi kesihatan kita ? Pernah juga kita terfikir setiap sesuatu yang Allah ciptakan sebenarnya memberi manfaat besar kepada kehidupan manusia jika digunakan dengan sewajarnya.



Untuk pengetahuan anda, warna pada tumbuhan adalah terhasil drpd fitokimia. Ia bukan sahaja kelihatan sedap apabila dipandang, tetapi juga membekalkan khasiat yang penting kepada kesihatan manusia.



Oleh itu suri rumah dan ibu perlu bijak memilih sayuran dan buah yang berwarna terang untung hidangan seisi keluarga. Sebagai contoh sayuran & buah-buahan yang berwarna merah, jingga, ungu dan kuning seperti lobak, terung, pisang, betik, epal dan sebagainya. Amalan memakan sayuran jenis ini boleh menjadi perisai yang baik kepada tubuh drpd serangan penyakit berbahaya.



Jika kita lihat warna merah pada sebiji tomato adalah disebab kan kandungan lycopene atau karotenoid yang berada di dalam nya. Kandungan lycopene akan menjadi lebih banyak dan bertambah bila buah itu matang. Kajian juga mendapati, sebiji tomato merah mengandungi kadar lycopene yang lebih tinggi berbanding sebiji tomato berwarna kuning.



Lycopene bertindak sebagai ejen antioksida yang membantu tubuh menyerap radikal bebas dan membaiki sel badan dan menyak toksin yang menyebebkan penghasilan sel barah...wow mmg hebat :))



Antara buah dan sayuran yang berwarna adalah seperti tomato, tembikai, lada merah, lada benggala, labu, lobak merah, limau pomelo dan jambu merah.



Beta karotena adalah sejenis karotenoid yang menyebabkan sayuran atau buah  itu berwarna jingga seperti lobak merah...pendek kate lobak merah nie mmg baik lah utk diamalkan pemakanan nya :))



Secara semulajadi tubuh akan menukar beta karotena kepada Vitamin A jika diperlukan. Pada masa sama beta karotena bertindak sebagai ejen anti oksida yang boleh melindung tubuh daripada kebanyakkan jenis kanser dan penyakit jantung. Selain itu, ia juga mampu memperlahan kan kemaraan penyakit mata seperti katarak dari merebak.



Lobak, buah labu, mempelam dan buah aprikot adalah sebagai contoh kumpulan makanan berwarna jingga. Selain itu bayam juga mengandungi beta karotena yang tinggi.

Bersambung....

>* AshiqinWRH *<

No comments: