21 Dis 2010
Assalamualaikum
Salam semua.. :))
Memandangkan sekarang dah masuk musim hujan, boleh dikatakan tiap2 kali aku bangun subuh jer mesti hujan renyai2..Bumi felda kian menghijau dengan kehadiran sang hujan yang tidak serik2 membasahi bumi..Suasana nyaman dan dingin di setiap pagi..Pokok2 sentiasa menghijau dan hidup subur..Aku sentiasa teruja dengan suasana kampung begini..
Tapi tahun nie aku dapat merasakan kes2 banjir tidak lah begitu serius berbanding tahun2 yang telah sudah..Begitu juga di Pahang..Sehingga kini daerah Pekan masih lagi berkeadaan baik..Masih lagi tidak terdengar sebarang berita tentang kejadian banjir yang serius di sana..Begitu juga di daerah Rompin yang sememangnya berdekatan dengan pantai..Alhamdulillah..Keadaan masih lagi terkawal..
2 minggu lagi sekolah akan dibuka..Peluang untuk bercuti telah hampir ke penghujungnya..Best dapat cuti panjang2 nie..Tapi walaupun cuti, kerja tetap brjalan seperti biasa..Tiap2 minggu aku tetap akan ke sekolah untuk membuat persiapan persekolahan untuk tahun hadapan (2011). Semalam baru je siap membantu rakan setugas (cikgu ina) mengikat buku teks dan buku latihan untuk diedarkan kepada murid2 tahun 1 nanti.
Apa yang membimbang kan aku sekarang nie adalah pada hari persekolahan nanti..Kesian kat budak2 kerana terpaksa meredah hujan untuk ke sekolah..Tidak semua ibu bapa yang berkereta kan..Guru2 di sekolah mesti membuat persediaan menerima kedatangan murid ke sekolah pada musim hujan nie..Nie lah pertama kalinya aku menempuh pengalaman seperti ini..Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Orait lah, sampai disini saja coretan tentang musim hujan di felda keratong..Jam 8.30 pagi nie pihak masjid felda keratong 03 telah menjadi tuan rumah kepada program agama yang dianjurkan oleh pihak Felda Wilayah Kuantan..Aku telah ditugaskan untuk mengawal prndaftaran murid2 sebelum menyerahkan mereka kepada pihak penganjur..Semoga program seperti ini mampu menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman murid2 tentang ilmu agama..Amin
>* AshiqinWRH *<
>* AshiqinWRH *<
No comments:
Post a Comment