Saturday, December 25, 2010

Fatin dapat 8A'

25 Dis 2010
Assalamualaikum

Salam semua..:))
Syukur alhamdulillah, 2 hari yang lepas pada 23 Dis 2010 keputusan PMR telah dikeluarkan satu malaysia..My sis Fatin yang bersekolah di SMK Bandr Tn Abdul Razak telah memperoleh keputusan yang sangat cemerlang 8A'..Tahniah adik Fatin..! Hanya 8 orang sahaja yang mendapat keputusan 8A', 8 orang mendapat keputusan 7B'..Kire ok lah tuh..Maksudnye budak kampung pun hebat2 kan..TAHNIAH semua :))

Secara jujur, aku sangat menghargai segala usaha yang telah ditunjukan oleh semua guru SMKK dan SMKBTAR..Kedua2 sekolah ini sebenarnya berasal dari sebuah sekolah shj iaitu SMKK..Tetapi memandangkan kemasukan pelajar ke sekolah menengah di keratong ini semakin bertambah maka SMKBTAR telah dibuka pada tahun ??..Ramai juga tenaga pengajar yang asalnya dari SMKK telah dipindahkan ke SMKBTAR drpd pengetua sampailah ke guru2 penolong.

Bagi aku, walaupn kedua2 buah sekolah ini hanyalah sebuah sekolah luar bandar, tetapi kualiti setiap tenaga pengajarnya tiada tandingan..Dari awal aku dimasukkan ke sekolah SMKK sehingga lah kini aku pula begelar seorang guru, setiap perjuangan yang dilaksanakan oleh semua guru2 SMKK dan SMKBTAR akan aku sokong walaupun secara tidak langsung..Setiap ibu bapa yang memerlukan cadangan tentang sekolah ini dengan pantasnya aku akan mencadangkan mereka supaya meneruskan pembelajaran anak2 mereka di sekolah2 keratong..Kerana kejayaan aku pada hari ini juga adalah hasil drpd sekolah2 di keratong.

Tetapi, adik ku Fatin telah membuat pilihan sendiri untuk masa depan nya..Die telah memilih untuk masuk ke sekolah teknik kuantan kerana kerjaya yang bakal dipilihnya adalah  dalam bidang kejuruteraan..Its ok..Abah memberi cadangan supaya die masuk ke MRSM tetapi pilihan ke sekolah teknik adalah lebih tepat pada dia..Semua bersetuju kerana pilihan ini adalah yang terbaik..Semoga berjaya kelak.

P/s : Anak2 adalah aset dan saham terbesar setiap ibu bapa samada di dunia mahupun diakhirat..Di dunia, kejayaan dan pengorbanan anak2 adalah kebahagiaan setiap ibu bapa..Manakala, di akhirat nanti setiap amalan yang dicurahkan oleh anak2 kepada ibu bapa merupakan rahmat yang tidak ternilai..Sesungguh nya anak2 jg perlu ingat, walau besar mana pun pengorbanan anak2 kepada ibu bapa, ianya masih lagi tidak mampu membalas kesemua jasa2 mereka..Sesungguhnya hanya anak2 yang telah bergelar ibu dan bapa sahaja yang bakal mengerti setiap perngorbanan mereka yang bergelar "Ibu Bapa"..Hargai lah setiap saat yang ada bersama ibu bapa..Wassalam

>* AshiqinWRH *<

No comments: